Thursday, April 30, 2009

My Love

Kalu xde mereke ni.. aku akan rasa sunyi.. tapi hidupku kini bersinar kembali...


mak dan abah, yg banyak bg tunjuk ajar... semoga mendapat Rahmat Ilahi selamanya.. jasamu kan ku kenang sampai mati..


walaupun hyper active tapi pak lang hang ni tetap sayang hang Shahmi.. jd budak pandai no..


amboi posing aje tiap kali amik gambar.. hehehe.. ni sorag lg.. sejuk hati kalu dapat cakap ngn die.. pandai cakap....miss u a lot.. Ummu Syifa'


makan tu ingt la kat pak lang ni.. kesian kat Pak Lang nih.. hehehe

Upacara membersih akuarium..why??!!

Nk tau sebabnya..?? teruskan membaca artikel ini..hehehe..
nak marah pun kecik lg.. tp xpe sabar.. sabr itu separuh drpd iman..
nak djadikan cerita pada petang ni.. abg yg sulong balik ke rmh bersama anak dan bini dia.. anak dia ni dikategorikan dalam hyperactive. nk jaga dia pun kena active gak.. xboley lembab2!! hehe..

ikan dalam akuarium.. waktu pagi sihat dan selalu sgt lapo.. camoak ja ape2 terus ngap.. yg best nya anak sedara aku nih.. rajin nk bg ikan makan.. ok xpa bg la.. pastu da bg byk cukup la.. pastu duk lama sikt tinggai la dia ngn ikan2 kat akuarium tu.. apa lagi.. dia bermaharajalela aspalela la.. makanan ikan duk tmpt tggi yg ada myk rambut gel aku atas meja.. dengan kofident dan tanpa was-was.. dituangnya gel tu.. nasib bek xhbs xpa la.. yg bestnya time tu xpasan lg..

sambung la.. mai petang sikit dlm kui 4.. mak pasan ikan timboi (mampuih la).. aku terus jump to the conclusion.. ikan2 sudah mabuk gel dan akan kiok tak lama lg.. apa lg.. aku pggl abg aku.. kami pulun cuci buang air suma.. alhamdulillah.. selamat semua ikan.. ikan yg mati tu kira mangsa anak sedara aku la.. jem!! hahaha.. so ikan semakin sihat dan selalu lapo.. adooi!!.

itu la cite die.. ok jmp lg.. farewell!! :-)
kat bawh ada gambaq nk tgk.. sila2 jgn malu2 ttambah2!!

ini makanan ikan pilihannya.. yg mana lagi sedap nih..??

inilah pembunuh ikan.. jgn tgk pada saiz ye.. heheh

ikan2 selepas ditransferredkan ke baldi biru ayaq..

dah jernih pun ayaq akuarium.. lega ikan2 sekalian..

Wednesday, April 29, 2009

Manu Verses Arsenal pagi nih..

Pagi yg panas ni, aku sorg diri.. xbukak kipas tu yg panas.. adooi.. xpe sabar.. duk plan kira nk tgk bola satgi dlm kui 3 pagi.. sambil duk tggu siap la satu post lg.. hehe.. tapi kalu tgk sorg2, tgk kat umh je kot.. astro xde nk tgk tp internet ada.. harap2 ada n line xdak problem..hikhik.. duk kira nk ajak Awie kua p tgk.. tp die keja plak pagi esok.. Jem!! malas kacau die.. tp kalu die agred nk tgk.. terbaik!! hehe..

Aku xtau samada MANU dpt tewaskan Arsenal pg ni.. hrp2 kalu xmenang pun draw is ok la.. but still need to work hard, for next game.. if they want to go towards next step, they need really perform, all team's members get to be highest moral motivation. All their fan, hardcore fan won't stop praying for their succesfulnes and victory.. please complete the game and finish it with big big shot. let them know how consistent is the MANU team's players.. hahaha.. compared to other soccer's team.. i'm sorry..!!

BTW.. i thnik i want to have some sleep slightly.. just laying down on my bed.. then, whenever the game got started i'll get back to in front of my "baby" and make some beverage to drink up.. ok.. see you then..

Hospital Mahsuri- Anak buah aku yg ketiga

Hari Isnin 27 hb 4 yg lalu.. Aku mak da adik p hospital Mahsuri.. Kak ipar aku bakal melahirkan anak abg aku yg kedua, anak yg kedua.. anak yg pertama dulu adalah puteri.. bernama ummmu syifa' dan kini dapat putera dan masih belum punyai nama..

Aku p sana dr kul 3 ptg dan berkampung kat situ sampai 11 mlm.. pak long dan mak long, kira mentua abg la.. kami p situ depa dah ada.. Sampai situ ada la cucu mak tu.. apa lagi duk jaga dia la.. sampai letih la kira.. hehe.. past nk pulak handphone.. kita pun beli la.. ape lg kalu tak.. duk cakap nk telipon2 je.. hehe.. xpe2 anak buah kita jugak..hehe.. pastu anak sedara abg aku yg sulong plak mai.. haa yg ni spiderman.. terbang sna2 sini.. smp ponet aku.. yg ni lg meritih.. berlari sakan.. smp awek2 kat hospital tu duk tgk la.. adooi.. jatuh sikit la pride tu. tp depa harus paham tu anak buah aku.. hehehe

pastu adik and abah aku mai.. kira ramai la kat wad tu.. boleh tahan gak hospital tu.. nama pun swasta.. kalu bersalin cara normal kena dlm 1000++, tapi kalu operate ada smp 4k jgk.. duk kira hospital tu.. dr perampuan yg akan deliver anak.. tp sebaliknya.. dulu abg aku p situ tuk anak dia yg pertama kena dr perempuan ok la.. tp apa boleh buat..drurat dan yg penting nyawa kedua2 depa selamat.. alhamdulillah..

Lepas ni meriah la kampung, anak buah makin ramai.. hehe.. tggu nk ada ank sendiri plak.. haii bila plak la aku xtau.. huahuahuah.. ada jodoh ada la nant.. tp bak kat abah aku.. laki kena cari jodoh.. pmpn br dikatakan dapat jodoh.. JEm!! ape2 pun doa2kan tuk aku yer..:-) amiiin.,. wokey.. tggu cita pa lg aku nk cite yer.. wasslam..

Back to Kampung

Akhirnya Usim dah stat exam and I got nothing to do unless marking paper dape la.. Dari duk habiskan duit, baik aku balik kampung. so aku balik kampung hari senin minggu lepas. Aku balik konvoi ngan Awie dan adik dia Farihah. Dia pun baru habis ngaji kat UIA.. wak balik suma khazanah dia. Sama mcm aku dulu la.. haha :-)..
kami bertolak pukui 2, aku bermoto depa berkereta.. tapi depa naik lajunya lebih kurang aku gak.. bwk byk barang.. so slow2 la.. perjalanan kami sebelah siangnya sangat sgt baik.. kami stop sebab aku perlu isi minyak moto, pastu teruskn kembali perjalan yg indah itu. sampai la kat Sg Perak kami break solat maghrib dan Isyak secara Jamak. Selepas 40 minit kami kat situ.. kami terus gerak dan gerak dan gerak.. keep moving sampai la kat Penang..

Langit duk nampak ada guruh2.. kira cm nk hujan.. tetiba hujan xdak rintik dah.. teruih boom!!! lebat! aku tekejut.. apa lagi celapak brenti pakai baju hujan.. dgn hujan lebat, gelabah bewak.. basah la jugak.. jem!! baju hujan pulak time tu buat hal.. adoooi..
dengarlah rintihan aku nih... :-)

pastu kami p UITM merbok.. xpenah p pun.. p amik adik awik sorg g nama firdaus.. smp2 hujan lebat.. aku plak time tu perut wat hal.. nasib ada kedai makn kat situ.. singgah le sebenter.. hehe.. akhirnya.. lega jua... senak minum ayaq sejuk kot..

kami terus kan perjalanan dan smp umh awie dalam kul 1 pagi. pastu mak ayah dia ada.. duk sembang smpp kui 2 pg gak le.. pas tu balik.. aku smp umh dlm kui 2 pagi.. alhamdulillah.. :-)

Wednesday, April 22, 2009

Rungutan orang Umno terhadap Najib

Rungutan orang Umno terhadap Najib
Mohd Rashidi Hassan | rashidi@harakah.net.my
Mon | Apr 20, 09 | 11:46:18 am MYT

"Apa khabar saudara, bagaimana dengan Presiden Umno, PM baru, Kabinet baru," soal penulis ketika terserempak dengan sekumpulan penyokong tegar yang juga penulis pro Umno di sebuah kedai kopi di pinggir ibu kota.
Iklan




"Ah...malas nak cakap, kita orang dah fed up..malas nak ambil tahu, lantak lah Umno nak jadi apa," jawab seorang yang berbadan besar.

"Apa pasal pulak bunyi lain macam je kau orang ni..bukan ke kau orang dah berjaya buang Pak Lah (Abdullah Ahmad Badawi)," soal penulis seperti 'menjolok sarang tebuan.'

"Apa yang korang marah sangat ni, bukankah korang yang hendak sangat Presiden baru, PM baru," jolok penulis lagi.

"Ini yang kita orang 'angin' ni, ingatkan bagus sangat daripada 'si lembik tu', tapi kita orang dapat 'si penakut'," kata seorang yang bermisai lebat 'ala-ala Sarjan Misai'.

"Aku bimbang Umno ni, dulu kerajaan tiga beranak, sekarang macam nak jadi kerajaan suami isteri," kata yang berbadan besar tadi, tanpa menjelaskan maksud di sebalik kata-kata beliau.

"Dulu kita hentam Dollah, kata beliau buat keputusan parti dan kerajaan sewaktu sarapan pagi dengan anak beranak, sekarang ini kita bimbang banyak keputusan dibuat dua orang dalam kelambu," kata seorang lain dengan nada kesal dan kecewa.

Daripada pengamatan penulis, ada antara 'geng coffee house' yang sudah turun darjat menjadi 'geng kelab kopi kedai bawah pokok', adalah antara golongan yang kecewa dengan Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak.

Walhal, merekalah antara penjaja kejatuhan Abdullah dan kroni-kroni. Ada antara mereka yang mengenali Najib dengan rapat sewaktu menjadi anggota biro-biro dalam Pergerakan Pemuda Umno lagi.

Berdialog dengan lebih lanjut, mereka menghuraikan antara sebab-sebab kekecewaan adalah kelemahan Najib yang didakwa tunduk kepada kehendak MCA, sehingga terpaksa membuat slogan One Malaysia.

"One Malaysia ni sama dengan slogan DAP Malaysian Malaysia, apa pasal pulak Najib nak ikut idea DAP.

"Aku ingat ini pasal Najib nak cuba menang balik hati Cina (pengundi), yang dah tolak BN," sampuk seorang rakan.

"Kita orang marah betul bila Najib bagi kuota Menteri banyak pada MCA, padahal dalam PRU lepas MCA yang banyak kalah, prestasi Umno lebih baik.

"MCA memang melampau, mereka tak fikir hati (orang) Umno, dah la tak mampu pertahan kerusi Cina (kawasan majoriti pengundi Cina), lepas tu tuntut pulak TPM," ujar mereka melepaskan geram.

Perbualan dengan lingkaran orang-orang Umno di kedai kopi tadi menjadi semakin panas, bergelas teh ais dan teh tarik dipesan berulang-ulang kali.

Nampaknya reform yang dicanang Najib dan penyusunan Kabinet barunya tidak diterima baik di kalangan Umno.

Sambil menghembuskan asap rokok yang berkepul-kepul dan menghela nafas yang panjang, seorang rakan berkata,"Aku cukup kecewa bila Najib mansuhkan Kementerian Usahawan. Situlah tempat nak tolong Melayu, kat situlah tempat peniaga kecil Melayu cari makan.

"Ini semua pasal nak tunjuk adil. Kononnya nak beritahu orang Cina yang kerajaan baru ini tidak pilih kasih dan beri layanan sama rata kepada semua," katanya lagi.

Sampuk seorang rakan,"Aku takut langkah Najib ini boleh bunuh bumiputera (jejas peluang berniaga)."

"Lembik-lembik Dollah pun dia cukup tegas dengan kaum Cina, tak bertolak ansur untuk pertahan hak Melayu," kata seorang rakan yang lain.

Jika hendak dicatat rungutan demi rungutan orang Umno ke atas Najib, cukup banyak. Tetapi cukuplah buat sementara ini, direkodkan betapa wujudnya kalangan orang-orang Umno yang amat kesal dengan Najib.

Ternyata Najib memulakan langkah pertama sebagai Presiden Umno dan PM dengan langkah yang amat sumbang.

Belum pun sebulan beliau menjadi Presiden Umno dan PM, orang-orang Umno sudah mula membandingkan keupayaannya dengan Abdullah Badawi.

Nampaknya walaupun peralihan kuasa sudah berlaku, tetapi segala-galanya tidak berjalan dengan lancar sebagaimana dikehendaki kumpulan yang menyokong Najib.

Ada yang kecewa tidak dilantik Menteri, ada yang kecewa tidak diberi peluang dan ada yang kononnya kecewa kerana masa depan orang Melayu tergadai akibat 'ketakutan' Najib kepada parti-parti komponen BN.

Hasrat Najib untuk menjadi PM yang lebih baik atau lebih popular dari Abdullah, nampaknya sukar menjadi kenyataan.

Beliau 'berjaya' menjadi Presiden Umno dan PM. Tetapi malang buat beliau, kerana Umno dan kerajaan yang diambil alihnya berada dalam keadaan tempang dan terumbang-ambing.

Umno-Bn kini berada dalam keadaan yang amat sensitif dan serba kekalutan kerana sokongan rakyat terhadap mereka semakin menyusut.

Rakyat sedang memerhatikan Umno dan lain-lain komponen BN. Rakyat juga sedang menunggu masa yang sesuai untuk menghukum Najib jika beliau tersilap langkah.

Kedudukan Najib sebenarnya berada dalam keadaan yang amat bahaya jika reform dan beberapa langkah yang diambilnya tidak mendapat sokongan akar umbi Umno dan tidak diterima baik oleh komponen BN.

BN menghadapi masa depan yang gelap kerana masalah dalaman yang kronik dan berterusan.

Masanya sudah tiba untuk digantikan mereka dengan Pakatan Rakyat menerajui negara dengan seberapa segera yang boleh._

Tuesday, April 21, 2009

Selamat Hari Ibu...

Orang kata aku lahir dari perut Ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. Ibu
Bila lapar, yang suapkan aku.. Ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. Ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma!
Bila bangun tidur, aku cari.. Ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang.. Ibu
Bila nak bermanja, aku dekati.. Ibu
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.. Ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.. Ibu
Bila nakal, yang memarahi aku.. Ibu
Bila merajuk, yang memujukku cuma.. Ibu
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.. Ibu
Bila takut, yang tenangkan aku.. Ibu
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.. Ibu

Aku selalu teringatkan.. Ibu
Bila sedih, aku mesti telefon.. Ibu
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.. Ibu
Bila bengang, aku suka luah pada.. Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. “ibuuuuuuuuuuuuu!”
Bila sakit, orang paling risau adalah.. Ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.. Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu.. Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku.. Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.. Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin, Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.. Ibu

Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok, aku cari.. Pasanganku
Bila sedih, aku cari.. Ibu
Bila berjaya, aku ceritakan pada.. Pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada.. Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat.. Pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat.. Ibu
Bila nak bercuti, aku bawa.. Pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.. Ibu
Bila sambut valentine, Aku hadiahi bunga pada.. Pasanganku
Bila sambut hari ibu, aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
Selalu aku ingat.. Pasanganku
Selalu Ibu ingat kat aku
Bila-bila aku akan telefon.. Pasanganku
Entah bila, aku nak telefon.. Ibu
Selalu aku belikan hadiah untuk.. Pasanganku
Entah bila, aku nak belikan hadiah untuk.. Ibu

Renungkan:
“Kalau kamu sudah habis belajar dan berkerja, bolehkah kamu kirim wang untuk Ibu? Ibu bukan nak banyak, lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah”. Berderai air mata aku. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu sudah tiada. Aku tidak berkesempatan lagi, bukan lima puluh ringgit, lima puluh sen pun tidak sempat aku kirimkan! Hanya yang termampu Al-Fatihah, Al-Fatihah, Al-Fatihah.

Al-Fatihah juga kepada saudara-saudaraku yang telah kehilangan Ibu tercinta. Kasihnya ibu membawa ke syurga.

terima kasih kepada: skycrewz

Sunday, April 12, 2009

Larangan mengucapkan Merry Christ

LAILAHAILLALLAH Penting!!! Seorang bekas biarawati kristian yang masuk Islam memberitahu dalam ceramahnya haram bagi seseorang umat Islam ucap Selamat Hari Nata.. atau Merry Christ... dan sewaktu dengannya. Jika anda ucap Gong Xi Fa Chai, maksudnya Selamat Tahu Baru Cina (WALLAHUALAM). Happy Deepavali Selamat Menyambut Pesta Cahaya (WALLAHUALAM), tetapi maksud Selamat Hari Nata.. atau Merry Christ... dan sewaktu dengannya adalah Sejahtera Keatas Tuhan Yesus (NAUZUBILLAH). Dengan perkataan sahaja kita boleh rosak akidah, yakni murtad. Kita umat Islam beriman LAILAHAILLALLAH yakni TIADA TUHAN DISEMBAH SELAIN ALLAH, jadi ucap Sejahtera Keatas Tuhan Yesus untuk apa (NAUZUBILLAH)? Sebarkanlah perkara ini