Tuesday, June 16, 2009

Kelas kini sudah bermula

Minggu ni dah stat kelas kat USIM. Aku dah pun masuk kelas dan mengajar budak2 baru. Yg menakutkan pelajar lelaki yg aku ngajar hanya lima org shj.. yg len perempuan. Jammed. bayangkan cmn aku nk harungi sepanjang sem. Dah la single lg, duk jeling lama2 xblh satg depa kata pa plak.. hehehe.. sume pelajar aku adalah pelajar sains teknologi. berbeza dgn sem2 terdahulu aku telah ngajar bdk2 syariah shj. Selama aku ngaja di USIM, byk perubahan aku hadapi. dr segi life, kewangan semua telah berubah.. cuma kahwin ja dak g.. hahaha.. bila agaknya aku sedia nk kata..", ana suka kat anti, sudikah anti jadi isteri ana". mampukah aku ucapkan kata2 penuh makna ini.. huhu.. Tggu la InsyaALlah.. bila ekonomi dah pulih, kerja pub dah stable, everything gonna be fine.

Setakat ni yg aku perhatikan, kebanyakan student dahulunya belajar arab just hafal buta2 je, tp bl da msk U ni, satu ape pun da tak ingat.. so kena bljr blk. walaupun para ustaz len suh aku tekankan pasal takallum, tp aku refresh diorg dahulu, bg diorg panas dl, pastu br aku suh depa cakap berhambur kat depan kelas. bg depa sedikit konfiden. aku selalu bg nasihat agar jgn takut bercakap, jgn jd mcm aku sewaktu blajar dl. Aku nk diorg gembira dan selesa dgn pembelajaran di dlm kelas. so kelas akan jadi happening dan setiap ape yg diorg belajr dpt catch up dgn cepat, InsyaAllah mudah mudahan. So aku berdoa agar semua pelajar aku cermerlang dan berjaya dalam apa jua pelajaran yg di pelajari. So jadi kan bahasa Arab sebagai bhs percakapan harian, Keran bahasa Arab bahasa Syurga bahasa Al-Quran.

Ana aktafi bihaza qodar, Assalamualaikum, atamanna ala amlin an naltaqi fi marroh ukhra.