Saturday, February 28, 2009

Jibril AS, Kerbau, Kelawar, dan Cacing

Suatu hari Allah SWT memerintahkan malaikat Jibri AS untuk pergi menemui salah satu makhluk-Nya yaitu kerbau dan menanyakan pada si kerbau apakah dia senang telah diciptakan Allah SWT sebagai seekor kerbau. Malaikat Jibril AS segera pergi menemui si Kerbau.


Di siang yang panas itu si kerbau sedang berendam di sungai. Malaikat Jibril AS mendatanginya kemudian mulai bertanya kepada si kerbau, "hai kerbau apakah kamu senang telah dijadikan oleh Allah SWT sebagai seekor kerbau". Si kerbau menjawab, "Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor kerbau, dari pada aku dijadikan-Nya sebagai seekor kelelawar yang ia mandi dengan kencingnya sendiri". Mendengar jawaban itu Malaikat Jibril AS segera pergi menemui seekor kelelawar.

Malaikat Jibril AS mendatanginya seekor kelelawar yang siang itu sedang tidur bergantungan di dalam sebuah goa. Kemudian mulai bertanya kepada si kelelawar, "hai kelelawar apakah kamu senang telah dijadikan oleh Allah SWT sebagai seekor kelelawar". "Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor kelelawar dari pada aku dijadikan-Nya seekor cacing. Tubuhnya kecil, tinggal di dalam tanah, berjalannya saja menggunakan perutnya", jawab si kelelawar. Mendengar jawaban itu pun Malaikat Jibril AS segera pergi menemui seekor cacing yang sedang merayap di atas tanah.

Malaikat Jibril AS bertanya kepada si cacing, "Wahai cacing kecil apakah kamu senang telah dijadikan Allah SWT sebagai seekor cacing". Si cacing menjawab, " Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor cacing, dari pada dijadikaan-Nya aku sebagai seorang manusia. Apabila mereka tidak memiliki iman yang sempurna dan tidak beramal sholih ketika mereka mati mereka akan disiksa selama-lamanya".

Friday, February 20, 2009

Kelemahan Lelaki


Contributed by amaracarbl on Tuesday, September 30 @ 00:00:00 MYT

PsikologiTidak sedikit lelaki yang rebah di persada wanita. Lelaki sekuat Julius Ceaser boleh lemah apabila berdepan dengan Cleopatra. Mark Anthony, ketua tentera yang menggantikan Julius Ceaser juga jatuh ke tangan Cleoparta. Ramai sungguh pemimpin agung dunia kalah oleh pujuk rayu wanita.

Sekuat-kuat lelaki boleh ditipu oleh sebodoh-bodoh wanita. Begitulah nisbah hebat dan kuatnya kuasa wanita dalam menundukkan lelaki. Sekuat mana pun lelaki selalunya kalah oleh kata-kata lembut sang wanita. Seorang lelaki boleh menangis apabila ditinggalkan oleh seorang wanita, padahal dia terkenal perkasa. Di medan pertempuran dia boleh membunuh begitu ramai musuh, tetapi berhadapan dengan wanita, hatinya boleh tunduk dan bahasa yang digunakan turut lunak.

Demikianlah hebatnya wanita. Anda amat berkuasa dan amat perkasa.

Tolonglah gunakan kekuasaan dan kehebatan anda itu untuk membantu membangunkan lelaki. Jangan gunakan kekuasaan anda itu untuk menjatuhkan lelaki. Lelaki pasti kalah oleh pujuk rayu, apatah lagi tatkala nafsunya sedang bergejolak, atau rasa kecintaannya sedang memuncak, dia memang sanggup lakukan apa sahaja untuk membuktikannya.

Kejayaan seseorang lelaki biasanya dikaitkan dengan seseorang wanita di sisinya; mungkin isteri, mungkin ibu, mungkin anak, mungkin kakak, mungkin makcik. Kemusnahan seseorang lelaki juga biasa dikaitkan dengan seorang wanita, mungkin pada kedudukan-kedudukan yang serupa.

Jika anda cantik dan pandai memujuk rayu, gunakanlah kecantikan anda dan kelebihan yang dianugerahkan ALLAH itu untuk membantu memperkasakan lelaki. Lelaki memang sudah sedia kalanya perkasa, tetapi dia boleh menghalakan keperkasaannya itu untuk membina sejarah keagungannya dengan sokongan anda. Sebaliknya dia juga boleh mencipta sejarah kedunguannya dengan peranan yang anda mainkan.

Lelaki dikurniakan lebih akal tetapi kekurangan nafsu. Dia hanya ada satu nafsu dan sembilan akal, tetapi nafsu yang satu itu selalu gagal dipelihara. Maka itu lelaki lebih mudah liar berbanding wanita. Wanita pula, dek terlalu banyak nafsu dia boleh memecah-mecahkan atau mencabang-cabangkannya kepada pelbagai hal. Dia boleh bernafsu terhadap barang-barang kemas, baju cantik, perabot, kereta, rumah dan berbagai-bagai lagi. Jadi, untuk setiap cabang darjahnya sudah tidak setinggi lelaki. Dia mungkin bernafsu kepada semua benda tetapi dia tidak mudah musnah oleh semua benda.

Nafsu lelaki biasanya lebih tertumpu pada keghairahannya terhadap wanita. Sebab itu kita akan lihat lelaki biasanya tidak kisah dengan berapa helai pakaian yang dimilikinya, tidak begitu kisah dengan hiasan rumahnya, sebab nafsunya ke arah itu tiada. Tetapi sebut syahwat, lelaki akan terus terangsang sebab yang satu itu memang sentiasa arahnya ke sana. Tiada cabang-cabang, tiada pecahan-pecahan.

Maka itulah lelaki walau sekuat mana apabila digoda wanita cantik biasanya runtuh. Kadang-kadang wanita yang menggodanya bukanlah cantik sangat, tetapi nafsunya selalu terpesona oleh kata-kata yang lunak, suara yang sedap didengar, kenyitan mata yang bercahaya dan bermacam-macam lagi. Nafsunya tidak dapat membezakan antara syahwat yang betul dengan syahwat yang tidak betul, lantaran dia hanya mempunyai satu nafsu.

Lelaki tua boleh naik ghairah hanya melihat seorang kanak-kanak. Kadang-kadang dek terlalu ghairah dia gagal membezakan antara haiwan dengan manusia. Pernah terjadi lelaki mengembiri haiwan. Banyak sungguh onar yang boleh dilakukan oleh para lelaki. Ternyata mereka selalunya gagal memberi penalaan yang betul terhadap nafsu mereka walaupun hanya satu.

Oleh itu, wahai wanita, kasihanilah makhluk lelaki. Mereka itu lemah dalam perkasa. Usah digoda mereka, nanti dia terlupa anak isterinya di rumah, ibunya di kampung malah dirinya sendiri yang sudah bergelar lelaki tua.

Oleh Dr.HM.Tuah

Petua Awet Muda

Petua Awet Muda

Contributed by khalifah on Saturday, February 07 @ 00:00:00 MYT

Kesihatan

Muka anda biasanya akan berminyak selepas bangun tidur. Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah. Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi 3 kali.

Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi,pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi.



Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.

Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk. Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi.

Baca ayat 35 hingga 38 surah Al-waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.

Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum tiga teguk air suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.

Setelah itu lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun.

Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan. Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat

Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat Nabi di kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke muka beserta niat dalam hati supa diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.

Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air.

Minumlah setelah setengah jam selepas makan.

Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah.

Amalkan solat tahajud

Sentiasa tenang dan bersikap positif

Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah.

Maafkan semua orang sebelum tidur.

Petikan Majalah Anis

Friday, February 13, 2009

Situasi yg mencemaskan!!!

Hari khamis malam Jumaat.. semalam la.. aku ngan memb aku nasuha.. kua PJ nk g bank kuakan duit.. sebelum tu aku ke rumah dia dan makan dl la sikit la, kiranya lepas la makan malam aku.. hehehe.. pas pada tu br kua dlm 10.30mlm..

nk dijadikan cerita.. pas kami g bank Islam kat Seksyan 13 PJ.. memb aku ni pun nk g jgk bank tapi kat S14.. tap memb aku ni wat berani.. masuk laluan no entry.. aku plak kata la ok la xpe.. undang2 manusia.. hbs je aku cakap.. tetiba kereta ronda polis masuk laluan yg sama.. kami parking kat depan bank dan km tgk polis td pun parking jgk tapi dlm jarak yg jauh la..

huh!! memb aku cuak dan dia buat berani.. reverse sikit dan pecut kua.. aku tgk keta peronda tu pun ikut juga.. Jem!!.. kami try lari masuk lorong sana lorong sini.. tapi... tiba tiba kereta polis muncul depan kami.. alamak habis la kata hati aku.. nasuha da cuak da.. hahaha


pastu polis tu stop kami.. apa lagi suluh ngn torchlight die la... mintak IC lesen pa sume.. buka bonet keta.. check la.. tp mana ade pe..yg geramnya.. ada sorg lagi abg polis ni tny aku ni da wat ic ke.. mintak ic tu.. aku bg la.. awat dia ingt aku ni budak sgt ke.. muka aku muka budak ke.. eeeee.. hahahaha.... kami bgt la kami just langgar laluan no entry pas tu teserempak ngn polis so lari la... tp polis tu suspicious la coz kami lari depan2 diorg.. laju plak tu.. tu la..

abg polis tu pun gelak .... cet.. pastu dia bia kami pegi cmt je.. so xde pape.. hanya situasi yg mencemaskan je.. aku rasa mcm dalam drama roda2 kota raya n gerak khas.. hahaha
kalu kami kua jalan besa aku rasa ms diorg roger polis2 yg lian.. jem!!
TAPI best la coz kawan aku wat lawak.. hahaha.. dont try this!!

RPU 1 2009

Hari sabtu yg lepas.. Ridersmalaya forum telah mengadakan Ride Pembukaan Ulang tahun pertama 2009 (RPU 1 2009)... expedisi ini telah dijayakan oleh lebih kurang 60 peserta.. pada awal perjalanan.. kami semua berkumpul di tol Sg Besi.. hanya sebahagian shj yg berkumpul di Sg besi tetapi sebahagian peserta yg lain akan tggu di R&R seremban... dan progrm ini juga telah dijayakan oleh Forum KOM135.com.. mereka terdiri drpad penunggang moto yamaha LC.. memang best.. dpt jmp ramai bdk2 LC.. cantik moto diorg design.. membuatkan diri aku ghairah... perjalanan itu bertolak kul 330 smp kat sana kul 7.. da nk maghrib da.. aku pun niat jamak takkir la..

tapi bukan itu yg aku nk cerita... ape yg best perjalan kami lebih kurang 1 jam lebih.. memang meriah highway tu ngn kami je.. walaupun jam sikit jalan tp perjalan kami semua selamat smp... kat sana kami adakan sesi taarauf la.. xkenal jgk semua members.. duk sembang dlm forum sj.. so ade peluang ni boraj sakan la.. dalam ride kali ni mubin pun ade.. so best la.. aku plan xnk g tp da mat ajak btl2 akhirnya pegi jagk.. tp memg best...

kami pergi ke restorant hj kamal ikan bakar.. fuh!! memang terbaik makan kat situ.. nnt aku tunjuk gmbr ye.. hehehe... ikan bakar, sotong goreng telu.. kupang.. udang.. dan mcm2 g.. sorag rm20 se kepala.. ok la tu.. acara makan2 berjalan dgn lancar... smp tergolek da xle bgn .. hahaha.. kami mkn .. sembang2.. smp kul 11 pastu kami ke dataran sejarah kat melaka tu.. kami bergambar kat situ.. gmbr kenangan semua org bersam moto kesayangan.. best....

so selepas tu kami pun blk ngn hati yg riang.. aku mat mubin kami singgah R&R Ayer Keroh solat dl.. pastu singgah lg kat R&R seremban makan2 jap.. pastu km blik terus.. aku smp umh dlm kul 2 lebih.. fuh penat.. letak kepala atas bantal terus lena ngn nyenyak..