Monday, December 29, 2008

Ziarah Maal Hijrah


Hari ini, 1 Muharram, aku pergi Batu 8 Gombak, ada wat ziarah Maal Hijrah bersama Mat n wife dia dan juga Mubin yg dah lama xjumpa ke rumah Kak Norehan... aku tiba selepas Mat n wife smp dulu.. pas tu br Mubin.. dalam kul 6 cmtu.. smpai tu kak Norehan n family terus hidang makanan.. senyum lebar le aku. huhuhu

Aku kenal Kak Norehan sebab Mat yg perkenalkan.. 2 tahun lepas sewaktu bulan Ramadhan.. Mat ajak pergi buka puasa umah org miskin dan membantu keluarga tersebut. Aku setuju dan suka la buat benda amal ni. Dapat juga pahala tetapi kena ikhlas la.. Sebelum sambut hari Raya kami sempat membawa keluarga tersebut peri ke Mydin tuk shopping raya. alangka gembiranya keluarga Kak Norehan dan aku juga sanagt tersentuh sewaktu itu..sejak daripada tu kami selalu g umh KAk Norehan, kami juga wat tuisyen free kat anak2 nye dan juga ajar ngaji al-quran.. Alhamdulillah anak2 beliau pandai2 belaka dan ada juga yg perlu diberi byk perhatian.. Suami Kak Norehan dipanggil Abg Zul dan anak2 mereka terdiri drpd Amy, Shahira, Anuar, Fasihah, dan Ain..

Kami beborak sakan la.. Mubin pun sempat la cita pasal diri dia da setahun xg umh KAk Norehan.. businessman jus manggis katakan.. huhuhu.. tapi ok dia berjaya sbg seorg businessman.. walaupun baru permulaan dia sgt serius.. aku support die.. Mat pulak dengar kate br balik klinik scan perut Aini bini dia la.. dan disahkan doktor dia mengandung 3 bulan.. Tahniah MAt.. bakal jadi ayah yg cemerlang.. huhuhu.. nanti doakan aku cepat2 kawin tau.. hihi

Kami borak2 lama gak la sambil aku duk usik anak2 kak.. Kak Norehan hidang mee goreng, buah tebikai, cucur ubi.. mcm2 lg la.. aku g xbawa pape.. ish da kerap g tapi xsempat bwk pape.. xpe la diorang dah bwk mcm2 dah.. huhu...

Sambil2 tu aku dan Mat bergambar ngan anak2 Kak Norehan.. macam2 pose ade.. huhu.. dulu gmbr sewaktu ain agak kecil, comel sgt,, huhu
sekarang sa besar sikit tapi nakal duk buli akak dia je.. huhu

Kami solat Maghruib kat masjdi berdekatan.. pastu kami borak sikit lg n dalam kul 9 mlm kami pun balik.. MAt g kedai gunting rambut manakala aku singgah jap umah Mubin saja dengar pasal business die.. pastu aku terus balik umah dalam kul 10-30 mlm aku smp umah...

Sunday, December 28, 2008

Ride ke Bidor


Pada hari sabtu yg lepas 27 hb, aku bersama rakan2 Ridermalay community telah mengadakan trip pergi ke Bidor. Lebih kurang 20 org telah menyetai ride itu termasuk aku la.

Kami berkumpul kat R n R rawang pada pukul 9-30 pagi dan bila da kumpul sume kami gerak dalm kul 10-30. mengikut bil daftar nk pegi dlm 29 org tp xsmp pun.. bese la.. hehehe.. dan aku difahamkan moto LC ada jgk dalm 5 bijik.. last aku sorang je.. ape boleh buat redah je.. hahaha

Kami akan berhenti tuk isi minyak moto kat behrang, moto aku je.. hehe.. moto diorg yg lain TZM, CBR, RGV, sume tank beso.. hehe aku je LC.. tapi LC tetap megah di jalanraya.. waktu begerak ke behrang jam pulak ngn keta, ramai gak org kat highway, org balik kampung kot.. kan time kenduri sekarang nih..

Sewaktu di lebuhraya aku maintain dalam 120 km/jam dan ada kala sampai 160 km/jam. mana boleh depa laju aku kena laju gak la.. sampai satu tahap aku kena tunduk agar dalam cegah angin dari melambatkan kelancaran moto aku.. akhirnya kami smp di R n R behrang, lega rasanya.. aku sgt bangga dpt jd ahli RMC nih.. dpt sertai program yg berfaedah mcm ni dan seperti ziarah anak yatim dan mcm2 g..


Selapas tu bila da isi penuh minyak, kami gerak terus ke bidor dalam 130-160km/jam dalam masa 1/2 jam smp la.. kul 12 ngam kami smp dan ape g terus mkn.. pangantin xmai2 g.. huhu.. bila kami da hbs mkn pun blm smp... aku n bob akan pulan gke KL manakala yg lain diorg akan terus ke penang coz ade program jalan2 kat sn.. aku xdpt ikut coz budget xde la.. duit da abis byk kat moto... pas abs mkn duk borak n pastu aku n bob plan nk g pam miyak n terus balik ke KL.. tinggalkan yg lain kat umh Mospeda.. org yg kawin tu la.. huhu


Sebelum smp umah bob minta tolong towing moto bdk RMC gak moto rgv die jam. Ape lg towing dl.. tapi aku balancing huhuhu bob tolak.. ok la tu.. tapi break dics depan aku sangkut ngn ekor rgv tu patah la.. adoii.. tapi alhamdulillah sampai jugak kami tolak moto tu ke rumah bob..
pas pada tu kami minum2 jap n aku teru sbalik umah...


Ringkasan yg dapat aku katakan, ride konvoi ke Bidor sangat best.. yela lama xride jauh2 cam tu huhu.. ok that's all


Monday, December 15, 2008

Kembali ke Kuala Lumpur

Setelah bercuti selama seminggu temponhnya.. aku dan adik aku bersetuju balik ke Kuala Lumpur bersama.. Aku xsempat nk check2 service2 moto.. tapi adik aku dah buat semua tu.. moto xlekat kat umah asyik xde je adik aku pakai.. kena sound lagi.. padan muka die.. hehehe.. tapi aku xkisah die ada ramai memb xpe la.. aku plan pas Isyak bertolak..
tapi tetiba ada problem.. ayah aku check rantai atau kekacang tayar belakang mc ada bunyi teruk.. tapi pas check 2 3 kali.. rupanye rantai cekang sangat dan selepas diadjust ok semuanya ok.. duk ingat balik pagi besok harinya.. hehehe.. mlm tu dengan doa kedua org tua ku.. dan aku juga aku sebagai pemandu bertolak dengan hati yg pilu.. apakan daya tanggungjawab kan..
malam tu aku bawak dengan lancar sekali.. maintain 120km/sejam. Dalam masa 2 jam sampai lah kami kat Gunung Semanggol selepas 2 kali berhenti refuel minyak.. perjalanan diteruskan smp ke R&R Sg Perak ingatkan nk berhenti makan ke.. tutup pulak R&R tu.. so rehat minun makan kacang sikit terus kan perjalanan terus ke R&R Tapah.. kali ni terus 90 km non stop.. berkat doa aku smp jg kat Tapah makan nasik. rehat sat buh minyak jumpa plak Labib rumate kat UIA dl.. sembang sat.. dalam masa 35 minit kami habiskan masa kt situ, kami meneruskan perjalanan..

Dan R&R seterusnya ialah Ulu Bernam. Ada cubaan di tengah jalanraya tu, tetiba hujan lebat turun, nk berhenti tepi jalan gelap sangat aku teruskan perjalanan sementara adik aku suka hati die je kat belakang nyorok agar xkena hujan.. hehehe.. sebelum smp Ulu bernam ada perhentian aku stop pakai buja hujan complete dan teruskan smp ke Ulu Bernam.. pastu isi minyak lagi terus sampai ke R&R jejantas.. Perjalanan kami da nk sampai.. alangkah lega hati aku.. jadi pape xde la nk risau sgt.. Tanpa memikir panjang aku terus bergerak balik ke umah PakTAm dan smp di rumah tepat kul 4-30..

huh itu adalah perjalanan jauh yg cepat.. aku habiskan masa 3 jam awal berbanding dengan tempoh perjalanan pulang.. 7 jam sahaja agak terkejut jugak la cara tunggangan aku.. ALHAMDULILLAH.. smp kat umah lega ya amat.. hehehe.. pas tu tidur la bila da smp esok petang br aku hantr adik aku balik KUIS.. tu pun letih jgk sikit.. p rehat kat sana la..
tu saje ye.. jmp lagi..

Perjalanan yang panjang


7 Disember, 2.30 pagi, aku bertolak dari Kuala Lumpur bersama teman aku, Awie, menuju ke wilayah utara negar. Aku balik kampung dengan menaiki moto LC 135. Meluncur megah di atas jalan dengan izin Allah SWT. Untuk pertama kalinya dalam hidup aku, itu lah pertama kali aku pulang ke kampung halamn dengan moto. Perjalanan yg boleh dikatakan penat jugak. Perjalan itu mengambil masa 10 jam. Kira2 jam 12 baru aku sampai ke rumah sesudah aku menghantar Awie pulang ke rumahnya.

Sesudah sampai semua ahli keluarga berada di rumah.. semuanya sibuk wat keja dan terkejut dengan kewujudan aku.. hehehe.. wat gempak sikit.. alhamdulillah sampai jugak aku.. Hari tu aku xdapat tidur coz anak buah aku, Ummu Syifa; duk suka hati main2 ngan aku.. lagipun lama xjmp rindu bangat aku.. malam tu pulak datang plak abag sulong aku, bw anak dia Shami.. huh lagi la nakal mcm ayah die.. hehehe.. mlm sikit pastu br dapt tdr.. alangkag bestnya. huhuhu..
Pagi esok nya bangun awal jugak tapi kesengalan badan tetap terasa sedikit.. tapi xla teruk mcm abg aku kata tu.. ok la jugak... hari ni ape lagi gotong royong la esok nk raya. akhirnya semua dah prepared tuk esok.. adik aku asyik balaih (pinjam) moto aku. Mak aku asyik duk bebel je.. dah mmg patut pun.. huhuhu.. ok la jumpa lagi dalam penceritaan yang lain..

Thursday, December 11, 2008

Sejarah Solat Lima Waktu

Nabi Muhammad SAW merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain, umat nabi Muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari. Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umat nabi Muhammad dimana solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika di hari pembalasan kelak. Berikut diterangkan asal-usul bagaimana setiap solat mula dikerjakan.

Subuh:

Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.

Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.

Zohor:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.

Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.
Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

Asar:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:

Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua: Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.
Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun.

Maghrib:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:

Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya.

Isyak:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

Rakaat pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun

Monday, December 8, 2008

Hari Raya Korban

Selamat Hari Raya Aidil Adha Maaf Zahir dan Batin, Aku ucapkan kepada semua umat Islam terutama kepada mereka yg sedang menunaikan Ibadat Haji di Mekkah al-Mukarramah. Pada Ahad 7 Disember lebih kurang pukul 5 petang berjuta-juta penduduk dunia sedang menunaikan amalan kemuncak iaitu Berwukuf di Arafah. Berwukuf di Padang Arafah adalah satu simbolik di mana menunjukkan keadaan manusia berada di Padang Mahsyar. Dan berwukuf di Arafah menunjukan manusia adalah sama xkira tua da muda miskin atau kaya. Pada ketika itu semua manusia berdoa kepada Allah SWT moga-moga Haji mereka Mabrur dan memohon pelbagai permintaan.
Sementara itu, jutaan manusia di merata tempat mengerjakan Solat Aidil Adha dan selepas itu mengadakan Ibadah korban. Ada yg melakukannya dgn lembu dan juga kambing. Setiap pengorbanan yg dilakukan dengan .penuh keikhlasan kerana Allah agar mendapat keberkatan dan mendapat ganjaran pahala yg tersangt tinggi. Titisan darah ternakan tersebut sebelum jatuh ke bumi, mendapat pahala kebajikan yg begitu besar di sisi Allah SWT. Hal inin samalah sebagaimana peristiwa yg berlaku kepada Nabi Allah Ibrahim a.s dan anak nya Nabi Allah Ismail a.s. Nabi ibrahim telah melekukan tanggungjawabnya sbagaimana yg diperintahkan oleh Allah SWT. Dengan keihklasan baginda, Allah SWT telah manggantikan Ismail dengan seekor kibas. Ini merupakan peristiwa agung dalam sejarah Islam.

Sehubungan itu, pada tahun ini, inilah kali pertama aku menyertai Ibadah korban ini. Aku sertai peserta2 lain yg terdiri drpd 6 peserta yg lain menjalankan ibadah korban. Abah aku mengimport penyembelih dr Bkt Pinang, Pak Ngah Aku, untul sembelih lembu, lembu ni aku tengok macam fhm je, dan sedih pun ada jgk, dia lembu tu baik xde wat perangai. Dan penyembelihan dilakukan dengan sempurna hasil kerjasama semua peserta dan penduduk kpg yg lain. Dgn daging yg diperolehi, kami sekeluarga membuat kenduri dan ramai jg yg hadir.
Dalam jam 9 mlm, satu rombongan terdiri Pak Ndak Awang n sekeluarga, PakSu Maksu dan Cik Lah sekeluaraga dtg ke rumah. Ape lagi jamu mkn sup daging yg sedap dihasilkan oleh mak aku yg tercinta dan chef2 berkaliber yg lain. Sebenarnya tuk keluarga aku, ada 1 bahagian, tapi ada lagi satu bahagian, Pak Ya kalau tak silap beliau tumpang wat kenduri, so jd byklah. Tapi Alhamdulillah semau dgg2 korban diagihkan dan dibuat kenduri dengan selamat. Aku amat bersyukur dapat sertai bersama dan berdoa agar pengorbanan yg aku lakukan mendapat Pahala g Besar dan mendapat keampunan atas segala dosa yg telah aku lakukan. Aminn. Tahun depan aku berniat nk buat lg Insya Allah.. jumpa lagi..

Sunday, November 30, 2008

Hayatku

Assalamualaikum..
Nama di beri Abdul Hadi. Berasal dari Kedah dan sekarang tinggal di Puchong Selangor bersama pakcik (Pak Tam). Anak ke-3 dari 6 adik beradik. Abg dua org dah kawin dan tunggu turn aku pulak.. Camne ek rasa.. hehehe.. adik2 aku semuanya masih lagi belajar.. so dengan niat untuk menbantu keluarga aku perlu berkorban jugak dari segi kewangan. Walaupun aku kerja tapi tak betul tetap, tapi sedikit rezeki yg diperolehi ada hak org lain juga.. so aku xkisah sangat. Aku seorang yg pemalu jgk kdg2.. tak malu pun ada jgk.. hehehe.. Suka kepada yg menggembirakan dan kelakar.. suka buat lawak.. Benci kepada orang yg terlalu serius.. tengok pada tempat la.. nak interview pun main2 xpayah la.. hehe.. ada sebijik moto.. sayang sangt LC 135 plat WRM5823. Jumpa jgn ajak race plak ye.. Sebulan yg lalu duk saja kat umah.. tu yg sempat buat blog nih.. tgh tggu panggilan dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), utk sambung kontrak ngaja part time. Mengaja bahasa Arab kepada pelajar baru bagi peringkat matrikulasi. Sem lepas adalah pengalaman 1st aku dalam bidang pengjian. Tetapi itulah perkerjaan yg aku impikan.. Dengan harapan aku dapat berbakti sepenuh masa di situ. InsyaAllah.

Aku belum berkahwin dan tengah mencari.. tu la time belaja xnak cari.. hehehe.. kalu bercakap cm mana org rumah yg aku nk.. ialah seorg perempuan yg ada latar belakang agama.. mudah aku didik dia.. senang fhm.. percaya aku pada dia dalam mendidik aku dan anak2.. kalu xkeja besar pun.. ustazah pun dah ok.. hehe.. org nye ade gak rupa.. manis tu ade.. tak berat sangt jenuh aku nanti hehe.. yg ikhlas dab terima aku seadanya.. aku harapkan sebuah keluarga yg mukminah dan solehah bahagia dunia akhirat.. percayala cakap aku kalau korang xpercaya.. Dan percepatkanlah jodohku ini.. Amin...

Aku berasal dari keluarga yg ada latar belakang agama. Abah aku, Abd Aziz, seorang pesawah dan beliau anak kepada seorang alim (arwah atuk aku- al-Fatihah). Aku sangat menghormati beliau. Dan akan selalu akur segala apa yg beliau cakap. Didikan yg beliau curahkan sewaktu kecil smp sekarng sangt bermakna bagi diriku. Kalu ku renung dan hayati kembali.. tanpa didikan tersebut mana mungkin aku aku jadi org seperti hari ini. Walaupun aku tak seperti abahku, aku masih dapat membezakan mana baik mana buruk. Tetapi manusia yg di kurnia hawa nafsu, aqal fikiran, mana mngkin terlepas dari tidak membuat silap. Tetapi dengan pegangan dan ilmu agama yg di pelajari.. memang tak dinafikan akan ada satu masa kita akan berfikir dan bermuhasabah diri yg hina.. Jadi bagi yg nk mendirikan rumah tangga tu.. jadikan Islam sebagai tunjang... InsyaAllah keluarga solehah dunia akhirat.. Amiiiin..

Aku mempunyai seorg ibu, Azizon, yg sangat aku sayangi.. tiada org lain yg sangat aku sayang... beliau seorang yg sangat tabah dalam mengurus rumah tangga dan anak2.. Selain itu, beliau seorang yg sangat mengambil berat tentang anak2 nya.. terutama dari segi ibadat dan pelajaran.. Selalu ingatkan kami agar jangan tinggal solat, bangun kerjakan solat subuh.. Segala nasihat beliau akan saya pegang sampai mati.. Beliau seorg yg rajin berniaga.. dr watu muda sampi ke hari ini, beliau sll membuat kuih muih dan hantar ke sekolah. Sekarang membuka gerai di tepi sekolah berhadapan dengan rumah tok wanku.. Segala keperitan yg di lalui beliau menjadikan beliau seorg yg cekal. Saya selalu mendoakan kedua ibu bapa saya semoga mereka panjang umur dan sihat sentiasa.. Anak mereka ini akan membalas jasa mereka dari kecil hngga sekarang.. Amin..

Abg2 aku suma dah kawin. Yg sulong nama Anwar kawin dengan Fatimah. Dia keja kat sekolah kota rentang, da ada ank sorng.. nakal betul anak buah aku tu.. nama Shami... nakal mcm ayah dia dulu2.. hehehe.. Abg aku sorg lg nama Rizal, bininya nama Nurul, da ada anak jugk, tapi yg ni perampuan.. dia bukan main pandai cakap lagi.. geram aku tgk nk cubit2 je pipinya yg tembam. Aku rindu sangat dekat anajkk2 buah aku nih..

Adik aku nama Fattah, belajar kat KUIS, satu sem lg hbs la. Selalu pergi umah die balik dr kerja ngaja kat USIM tu. Adik satu lg perempuan darjah 6 dan tingkatan 3. Dua2 thn depan nk exam penting jgk.. so aku kn bg nasihat dan tunjuk ajar.. Aku nk je tlg2 diorang dua agar lebih berjaya drpd aku..

So ini saja cerita saya perihal keluarga tercinta saya. semoga kami akan terus hidup dengan bahagia serta meriah la selalu.. hehehe. I will go home see u all there.