Thursday, December 10, 2009

Kenangan masa kecik

Dapat dari mana nth mcm menarik je.. hehe
budak2 yg lahir pd thn 70/80/90an mesti ingat
mase skola rendah dulu:

- kat skola ade salesman jual buku
cerita.
ari ni bg list, esok mintak duit
beli walaupun cerita buku tu dah tau.

salesman susu pon camtu gak.


- kat library, budak2 mmg baca buku tp
just tengok gamba je.
bile ade program
Nilam, sebok semua nak pinjam buku.


- RMT kat skola mkn x best, tp yg
berduit pon join RMT, x phm....

- pakai pensel box yg bole bukak dpn
blkg, pastu ade sharpener kat tgh2 die.


- main lwn pemadam, syg nak guna utk
padam.
padahal itu fungsi sbnr, utk padam!

- pakai pembaris yg bergerigi, kat dlm
ade air pastu ade bende berkilat dlm air tu.


- cikgu pakai pembaris kuning pjg.
Ade
pemegang kat tgh2 tp x penah nmpk cikgu
pgg pon kat situ.


- bulu ayam jd ramping krn sering
dijadikan rotan.


- time pendidikan seni, lukis sume boleh
tp bile time kaler sume hampeh.
ade gak
buat anyaman pakai kertas warna, kolaj
la, ape la...

- main game 2D.
super contra, super
mario, street fighter, sume pakai tape.


- jam tgn Boy London jd idaman, sbb bole
tuka2 kaler ikut suhu n cuaca.


- takut BCG tp lepas inject poyo la pulak...

- balik skola beli JoJo xpon Dendang.

Tora pon best gak.
Beli se mata2 nak
mainan, coklat die x mkn pon.


- Kasut berlampu kat tapak, yg iklan die
kat tV bole tembak alien tu...

- Siri kartun; power rangers, ultraman,
transformers, ninja turtles,
Thundercats, maskman, Gaban dan mcm lg.


jgn lupe sume ni sbb zaman skrg budak2 x
smpt lyn bende2 ni.
kite akan sentiasa
berubah, cume asal-usul kite yg
permanent.
huhu~

ni la baru zaman kita kawan2

pas r kt member2 korang....
mesti diorg tersengeh2 bace mende nih.Sealed

Monday, November 23, 2009

Balik Kampung.. Bestnyer..

Selasa, anytime aku akan berangkat pulang ke kampung halaman dgn penuh sukacita bukan hepi gila.. kena jg hepi sgt nnt blh bawak kepada malapetaka..

plan blik nk kawan 2 org.. sorang nama abu n sorang g nama nabil.. abu, yg selalu p blik ( kat uia) tiba2 xjd.. kata nk p beli cincin tunang.. rupanya nk balik ngan tunag.. jgn duk trick no org blh baca.. mind scanner nih.. hehe.. nabil through abu jgk aku kenai die. sbb bdk maahad mahmud, jd ok je ngn die, maka yg bersetuju balik skali penulis dan nabil..

tiba2.. plan dtg tuk tambah penumpang, almaklum la economi skrg tak tentu, ajak mem balik skali, tp dia ok sj tp mlm time yg ada bg dia coz die keja selasa. jd awal2nya nk balik dlm 2 3 ptg gitu.. tp seperti yg dikatakan sebentar td.. anytime.. kalu rasa nk save budget tunggu memb la.. smp umh ofcos tengah malam.. it's ok.. almaklum la.. musang bertopengkan manusia bisa meluaskan kelopak matanya smp terbuka luas.. hehe..

jadi.. pg nant akan ku comfirm kn smula ngan nabil.. kalu dia setuju lewat sikit.. maka budget for saving still has.. jd kita tunggu nant n penulis akan uodate dlm blognya.. ok.. bed time.. sleep tight.. pray for me.. 3 hari dah tdr pas subuh ya Allah.. ampunkan dosa2ku yg melangit ini..Amiiinn!!..

Tuesday, November 17, 2009

HAri INi

Hari ni hari rabu.. 18 nov 2009..
hari ni aku bangun dr tidur 630..
hari ini aku solat subuh.. ( ai sebelum ni cmn hrm..)
hari ini aku membaca beberapa potong ayat al-quran..
hari ini aku mendengar alunan zikir dan pujian Allah dan Nabi..
hari ni aku mandi 3 kali..
hari ini aku berus gigiku..
hari ini aku makan 2 kali.
hari ni aku masih blur2 lg sambil menunggu petang menjelma
hari ni aku membasuh baju seluar..
hari ini aku mengadap laptop dari pg smp tghari..
hari ini hujan tak henti henti.. (sejuk)
hari ini aku melihat muka kawan aku ja.. ( boring)
hari ini aku mendengar lagu arab.. ( tenang je rasa)
hari ini aku terjumpa kak Senah sebelah rumah tak terlepas gosip baru dia.. (asthagfirullah)
hari ini aku melihat masa depan aku.. ( sebelum ni tak dan tgk kot)
hari ini aku membayar utang kawan ku
hari ni aku membasuh moto aku yg dah berkarat
hari ni aku memikirkan mcm mana nk kaya.. ( fikir kaya ja.. ada fikir berjaya dunia akhirat tak)
hari ni itu..
hari ni ini..
hari ni.. hari ni.. hari ni..
hari2 aku jadi begini..
hari esok siapa yg tahu..

begitu lah kehidupan kita selagi kita tak corakkan ia dengan cara hidup yg Islam ajar.. maka hidup kita tak ada maknanya.. semuanya adalah lebih kepada kebahagian duniawi shj.. ada kita selalu memikir hidup kita selepas Mati..
kita selalu memikirkan soal harta, kedudukan, kerja bila nk kaya bila nk beli rumah keta, nk mkan apa kat mana, makanan kat mana sedap. hari ni cite ape yg baru kua kat wayang..
ape semua ni.. kenapa kita xnk fikir sikit adakah hal yg kita wat ni betul2 Allah nk.. sedangkan Allah melihat dunia ni seperti sayap lalat.. kita tgk lalat dh rasa kotor jijik kalu bulih xnk tgk langsung.. tp Allah kata ia bagaikan sayap lalt.. fikir2 kan lah..

Hari Raya Korban

Hari Raya Korban, Hari Raya Haji, Hari Raya Aidil Adha... walau apapun terdapat banayk nama namun ia tetap satu.. hari ini adalah hari yg terbesar dab penuh bersejarah kerana berlaku peristiwa yg patut setiap umat yg bergelar Muslim mengetahuinya... peristiwa bersejarah di antara Nabi Ibrahim a s dan anak Baginda Nabi Ismail.. di mana Nabi Ibrahim telah mendapat wahyu drpd Allah Pencipta Alam Semesta ini untuk mengorbankan anaknya dan ia menjadi suruhan Allah ke atas baginda untuk menguji sejauhmana ketaatan baginda kepada Allah.. dan dengan keikhlasan dan keredhaan baginda.. Allah telah menerimanya dan menggantikan anaknya kepada seekor kibas..Maka jadilah peristiwa yg amat bermakna bagi setiap umat Islam dalam memahami makna perkataan pengorbanan dengan penuh mendalam serta bersyukur atas segala nikmat yg telah Allah suruhi.. pengorbanan adalah sebagai satu tanda syukur hambaNya kepada segala nikmat yg Allah kurniakan.... mudah mudahan Hari Raya Aidil Adha ini kita dapat perbanyakkan kebajikan dan bantu menbantu antara satu sama lain.. dan semoga korban lembu kerbau atau kambing yg akan kita laksanakan nant dalam menyahut seruan Allah, Insyallah mendapat berkat rahmat serta redhaNya dan diterimaNya atas dasar keikhlasan kita dalam melakukannya... dan beringatlah.. jangan kita membuat kemungkaran dalam kita melaksanakan suruhan Allah.. ikutlah segala panduan yg telah RasulNya ajari kita semua.. agar kita tidak tergolong dalam golong org2 yg rugi..

Dan Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan diseluruh dunia bagi menandakan berakhirnya tempoh mengerjakan ibadat haji di Mekah, yang merupakan rukun Islam kelima yang terakhir bagi mereka yang mampu, dan menandakan bermulanya ibadat korban untuk dibahagi-bahagikan kepada fakir miskin.

Hari Raya Haji adalah perayaan yang istimewa seperti yg saya sebutkan di atas tadi, kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Monday, November 16, 2009

Mandi dan hikmahnya

KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh.. Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus.

Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.

Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.

Mengeluarkan racun:

Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit.

Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius.

Jangkitan kulit : Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.

Selesema dan sakit kepala : Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk.Lakukannya selama 10 hingga 20 minit.

Insomnia : Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda. Yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah,pendarahan hidung, selsema dan sembelit.

Dinukil dari : idhamlim.blogspot.com

Mutiara Kata Sebagai Nasihat

Mutiara Kata
Mutiara kata adalah suatu keindahan bahasa yg dapat memberi pedoman kepada mereka yg menghayati.Keindahan
kata-kata itu turut memberi motivasi dan inspirasi bagi mereka yg menjiwai. Renungilah mutiara kata-kata ini,agar dapat
manfaat darinya...









.Keimanan menghapuskan keresahan, dan melenyapkan kebimbangan. Keimanan adalah kesenangan yang diburu oleh
orang-orang yang bertauhidmdan hiburan bagi orang-orang yang ahgli ibadah.



Ketahuilah bahawa dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenteram, dosa akan diabaikan, Allah akan menjadi
ridha, dan tekanan hidup akan terasa ringan.



Buku adalah kawan yang paling baik. Bercakap-cakaplah dengan buku, bersahabatlah dengan ilmu, dan bertemanlah
dengan pengetahuan.



Ketahuilah bahawa kesusahan itu akan membuka pendengaran dan penglihatan, menghidupkan hati, mendewasakan
jiwa, mengingatkan hamba dan menambah pahala.



Balaslah perbuatan yang baik dengan yang lebih baik. Berbuat baiklah kepada sesama, padamkan semua api
permusuhan, berdamailah dengan musuh, dan perbanyaklah kawan.



Ketahuilah bahawa kesabaran itu akan mengubur aib-aib, ketabahan itu akan menjadi penutup bagi kekeliruan, dan
kedermawanan itu adalah pakaian yang besar yang akan menutup semua kekurangan dan cacat.



Bersikaplah sopan dalam majlis, diam kecuali untuk satu kebaikan, dengan wajah berseri penuh rasa hormat kepada
sesama majlis, mendengar apa yang mereka bicarakan, dan jangan sekali-kali memotong percakapan mereka.



Makanan adalah kebahagiaan untuk sehari, perjalanan adalah kebahagiaan untuk seminggu, pernikahan adalah
kebahagiaan untuk sebulan, harta adalah kebahagiaan untuk setahun, dan keimanan kebahagiaan untuk seumur hidup.



Orang yang jiwanya dibersihkan oleh takwa, fikirannya disucikan oleh iman, dan akhlaknya disepuh oleh kebaikan, akan
menerima kecintaan dari Allah.



Enam hal yang memberi kesembuhan: Agama, ilmu, kekayaan, herga diri, ampunan dan kesihatan.



Hiasilah kehidupan ini dengan gurau senda kerana ia melambangkan kehidupan yang harmoni.



Jangan jadikan diri anda ibarat sekumpulan tisu-tisu kerana tugasnya adalah untuk mengesat

benda -benda yang kotor



Say what you want to say when tou have the time,tomorrow maybe one day late.

Oue deepest regrets are words unsaid and things undone.



KEBAJIKAN ITU LEBIH BAIK DARI WAKTU



Wanita itu sendiri adalah rahsia



Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya, akal mengatatakan wanita

Cantik atas dasar ilmu dan kepandaiannya, dan hati mengatakan wanita cantik

atas dasar akhlaknya.



Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai

pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan
Allah.

http://web.utm.my/wangi - Wanita Teknologi Powered by Mambo Open Source Generated: 13 November, 2009, 10:33


· Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah,
menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok
kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda
kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari
segala ketenangan jiwa.



Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang mengelakkannya

kerana takut padaKu, maka Aku akan menggantikannya dengan iman yang dirasakan

manisnya dalam hati...





SAHABAT YANG BAIK ADALAH YANG ORANG YANG BERCAKAP BENAR, DAN BUKANNYA HANYA
MEMBENARKAN KATA-KATA.





"Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia ,umpama kaca mata yang bersinar-bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa"



"Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan.Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi
rintangan dalam hidup"



"Hidup umpama aiskrim.Nikmatilah ia sebelum cair"



JIKA ANDA BERSAHABAT BERSIAPLAH UNTUK BERKORBAN

DEMI SAHABAT ANDA TERSEBUT, JIKA ANDA BERMUSUHAN DENGAN SAHABAT ANDA BERSIAPLAH UNTUK
MENGALAH DEMI

PERSAHABATAN KALIAN.





Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci;

Lidahnya Selalu Basah Dengan Zikrullah; Matanya Menangis Kerana Penyesalan (Terhadap Dosa); Sabar Terhadap
Perkara Yang Dihadapi Dan

Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia.



" USAH DITURUTI REAKSI EMOSI,

LANTARAN IMPLIKASI TAK SERASI DENGAN APA YANG DIIMAGINASI "





WANITA/PEREMPUAN DICIPTAKAN BUKAN DARIPADA TULANG RUSUK ATAS UNTUK MEMERINTAH, BUKAN
DARIPADA RUSUK BAWAH UNTUK DIPIJAK, TETAPI TERLETAKNYA RUSUK ITU DI BAHAGIAN DADA

DAN BERDEKATAN DENGAN TANGAN BERMAKNA TANGAN YANG MEMBELAI

DAN HATI YANG MEMPUNYAI PERASAAN DAN KASIH SAYANG.





" Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa.
Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji."

(La Roche)



"Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna utk menjelaskan perasaan.

Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan"



" Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh

menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik
http://web.utm.my/wangi - Wanita Teknologi Powered by Mambo Open Source Generated: 13 November, 2009, 10:33
berlandaskan kenyataan"



" Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman

seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan.

( Harieta Wahab)



Hadiah Terbaik

Kepada kawan - Kesetiaan

Kepada musuh - Kemaafan

Kepada ketua - Khidmat

Kepada yang muda - Contoh terbaik

Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan.

Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan

Kepada manusia - Kebebasan



" Kejelitaan wanita umpama sebilah mata pedang yg mampu memenggal leher seorang lelaki.

( A.L Alek Wong)



" Jangan terlalu menyayangi seseorang, kelak kita akan membencinya.

Jangan pula terlalu membenci seseorang,kelak kita akan menyayanginya."



"Usah tangisi akan perpisahan sebaliknya tangisi akan pertemuan. Tanpa pertemuan, maka tiadalah perpisahan"





" Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan

satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan"



" Cinta itu apabila anda bertemu dan membuat pilihan yang tepat"



" Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain."



" Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka berlumba-lumbalah

beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat"



"Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan,

Harta itu satu tamu yang akan berangkat,

Kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan".





" Kejarlah cita-cita sebelum cinta, apabila tercapainya cita-cita maka dengan sendirinya cinta itu akan hadir"





" Cinta seringkali akan lari bila kita mencari, tetapi cinta jua seringkali dibiarkan pergi bila ia menghampiri"



"Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang

lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari" - ( Saidina Ali)



" Cakap sahabat yg jujur lebih besar harganya daripada harta benda yg diwarisi darinenek moyang" - (Saidina Ali)



"Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman.."



http://web.utm.my/wangi - Wanita Teknologi Powered by Mambo Open Source Generated: 13 November, 2009, 10:33
" Lidahmu adalah bentengmu, jika engkau menjaganya maka ia akan menjagamu,

dan jika engkau membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu"



"Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya sendiri"



"Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu
lonjatan."



"Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan, sesungguhnya kita akan terkejut dengan hasilnya."



"Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang orang lain ada."



"Apa yang diperolehi dalam hidup ini, adalah sepenuhnya daripada apa yang kita berikan padanya."



"Fikirkan hal-hal yang paling hebat,Dan engkau akan menjadi terhebat.

Tetapkan akal pada hal tertinggi, Dan engkau akan mencapai yang tertinggi."



"Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang."



"Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yangada hanyalah percubaan, cabaran
dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanyadapat ditemui apabila kita kembali semula kepada Ilahi."



"Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma."



"Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah."



"Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul."



"Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik."



"Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan, pasti akan menghasilkan
kecemerlangan."

Fahami dan hayatilah setiap kata-kata peransang ini semoga anda dapat menyemarakkan semangat ingin terus
berusaha dalam merealisasikan impian anda...



v Sesiapa yang mempunyai kebolehan akan berjumpa landasan yang tepat.

- Charles Cahier



v Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka.

- Charles Cahier



v Semua yang dicapai oleh manusia dan yang gagal dicapai olehnya adalah kesan langsung pemikirannya.

- James Allen



v Menyimpang seinci, rugi seribu batu.

http://web.utm.my/wangi - Wanita Teknologi Powered by Mambo Open Source Generated: 13 November, 2009, 10:33
- Peribahasa Cina



v Rahsia kejayaan adalah ketekalan matlamat.

- Benjamin Disraeli



v Perbaiki diri anda, tetapi jangan jatuhkan orang lain.

- I. Salanter Lipkin



v Pengiktirafan dan ganjaran datang kepada mereka yang menunjukkan kualiti yang baik dalam perbuatannya.

- Aristotle



v Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya.

- Albert Camus



v Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya.

- Marcus Aurelius



v Manusia yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah.

- Jose Joaquin Olmedo



v Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh
kegagalan. Yang penting ialah kita tidakmenjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir
hayat.

- Joseph Conrad



v Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang.

- William J. Siegel



v Minda yang mahu akan memudahkan perjalanan yang susah.

- Philip Massinger



v Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah.

- Lao Tze



v Kegagalan adalah asas kemenangan

- Lao Tze



v Jika tujuan anda jelas, anda boleh mencapainya dengan mudah.

- Lao Tze



v Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding

kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran.

- Flower A. Newhouse



v Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang.

- Samuel Johnson



v Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya

dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang.

- Cecil B. DeMille



v Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak

mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan.

- Peribahasa Arab



v Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

- Peribahasa Melayu



v Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras dengan tindakannya.

- Confucius



v Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah melakukan satu kesalahan lagi.

- Confucius

http://web.utm.my/wangi - Wanita Teknologi Powered by Mambo Open Source Generated: 13 November, 2009, 10:33
http://web.utm.my/wangi - Wanita Teknologi Powered by Mambo Open Source Generated: 13 November, 2009, 10:33

Tuesday, October 20, 2009

bukan ahli politik

Islam Tulen Boleh Selamatkan Umno

Oleh: Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

Ramai tokoh-tokoh UMNO bertanya pendapat saya, apakah caranya untuk memulihkan UMNO. Saya terlebih dahulu akui bahawa saya bukan ‘orang politik’ untuk menghuraikan masalah UMNO. Namun, sebagai seorang yang dianggap ada sedikit sebanyak pengetahuan tentang Islam, saya ingin menyentuh soal Islam dalam UMNO.

Islam itu sebagai ad-din dalam kehidupan masyarakat Islam, termasuklah masyarakat melayu yang secara majoritinya mengakui Islam sebagai nadi hidup mereka. Jika UMNO inginkan masyarakat melayu menerima mereka, UMNO mestilah mendokong dan menjaga nadi hidup mereka ini dengan baik.

Justeru itu, jawapan saya mudah sahaja: “UMNO! Kembalilah kepada Islam tulen!” UMNO mesti memainkan peranan sebagai gerakan dakwah kepada Islam yang tulen, moderat dan progresif. Apabila saya kata demikian, bukan bererti saya menafikan keislaman UMNO sebelum ini, atau unsur-unsur Islam yang sedia ada dalam UMNO. Namun apa yang jelas keislaman UMNO itu perlu diperkukuh dan proses perbaikan kelemahan perlu dibuat segera.

Allah sendiri dalam al-Quran pernah menyebut: (maksudnya)

“Wahai orang-orang yang beriman! Berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya, serta kepada kitab (Al-Quran) yang telah diturunkan kepada RasulNya (Muhammad, s.a.w), juga kepada Kitab yang telah diturunkan sebelum daripada itu. Dan sesiapa yang ingkar kepada Allah, Malaikat-malaikatNya, Kitab-kitabNya, Rasul-rasulNya dan juga Hari Akhirat, maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh.” (Surah al-Nisa, ayat 136).

Dalam ayat ini Allah memerintahkan orang yang beriman agar beriman. Bagaimana begitu? Tidakkah itu seakan-akan memerintahkan apa yang sudah terlaksana?! Tidak!

Maksudnya seperti kata al-Imam Ibn Kathir dalam menafsirkan ayat ini: “Allah ta’ala memerintahkan hamba-hambaNya yang beriman agar masuk secara keseluruhan dalam segala syariat iman, cabang, rukun dan tiangnya. Ini bukan suruhan agar melakukan perkara yang sudah tersedia, sebaliknya ia bermaksud lebih menyempurnakan yang sempurna, menetapkannya, mengukuhkannya dan berterusan atasnya”.

Dalam konteks UMNO, hendaklah mereka menghidupkan Islam dalam gerakannya kerana yang sedia ada itu tidak mencukupi.

Islamisasi Program

Di sini, saya tidak mahu bercakap tentang falsafah-falsafah politik yang besar-besar. Sudah saya sentuh isu-isu yang lebih prinsip dalam banyak tulisan saya yang lepas. Saya juga tidak berbicara untuk tujuan bagaimana UMNO ingin mengekalkan kuasa. Itu kerja orang politik.

Saya bercakap untuk kepentingan setiap individu muslim yang ada dalam UMNO. Saya ingin mengajak orang UMNO berfikir secara ‘kampung’ sahaja. Saya harap orang UMNO jangan kecil hati, saya bermaksud ingin menceritakan ubat bukan untuk menambahkan penyakit.

Saya ingin bertanya, apakah kita dengar seorang ibu atau bapa menyebut: ‘anak saya dulu lemah pegangan Islamnya, atau kefahaman Islamnya, tetapi sekarang menjadi muslim yang baik penghayatan dan kefahamannya kerana aktif dalam UMNO?!. Atau anak saya dahulu kurang kefahaman agamanya tetapi selepas aktif UMNO, dia lebih memahami Islam yang sebenar.

Saya rasa agak sukar ungkapan seperti itu ditemui. Jika adapun mungkin kes terpencil bukan fonomena umum. Saya jumpa ramai orang yang ingin kembali menghayati Islam, kebanyakan mereka tidak akan memilih UMNO. Sama ada mereka memilih organisasi atau gerak kerja Islam yang lain, atau pertubuhan politik yang lebih ‘mensepandukkan’ lambang Islamnya.

Secara jujur, akuilah iklim dan suasana islamik tidak cukup kuat dalam UMNO untuk mereka yang ada semangat Islam rasa selesa boleh menumpang atau mengambil manfaat. Namun saya tidak menafikan UMNO juga ada membuka dan mengusahakan pelbagai ruang untuk Islam dalam kerajaannya. Itu kerajaan, namun di sudut parti jika ada program-program Islamik dalam UMNO ia amat terhad.

Lebih menyedihkan lagi berputar sekitar ‘kenduri tahlil’, barzanji, kenduri arwah dan yang sewaktu dengannya. Di samping program-program itu boleh dipertikaikan sejauh manakah tuntutan Islam mengenainya, ia juga tidak memberikan impak yang dapat merubah peribadi atau meninggalkan kefahaman dan penghayatan seseorang individu muslim.


-Gambar Hiasan

Seseorang aktif dalam sesuatu pertubuhan atau organisasi atas dua kepentingan, sama ada untuk dirinya atau masyarakat. Atau, boleh juga disebut kerana ikhlas tanpa kepentingan atau ‘ada udang di sebaliknya mee’. Untuk menjadikan seseorang ikhlas, bagi muslim agama adalah faktor penting.

Apabila kita merasakan gerakerja itu ibadah, jika tiada keuntungan pun kita akan buat, harta sanggup berikan, nyawa sanggup kita taruhnya. Inilah kekuatan organisasi Islam. Sekalipun sebahagian yang bernama Islam itu pada hakikatnya tidak Islamik, namun apabila mereka berjaya mencetuskan suasana yang Islamik, ramai yang tertarik. UMNO hendaklah jujur terhadap Islam zahir dan batin.

Hidupkan program-program Islam dalam UMNO. UMNO kena galakkan pengajian dan suasana ilmu dalam UMNO. Hidupkan pendekatan Islam yang tulen, matang dan progresif. Sehingga setiap yang masuk akan terasa perubahan diri, sikap, pemikiran dan akhlaknya. Jadikan ibubapa akan rasa seronok jika anaknya aktif UMNO kerana nanti nilai-nilai ketinggian budi, kematangan pemikiran, keutuhan ilmu akan terzahir pada kehidupannya.

Tokoh-tokoh pemikir yang baik, jujur dan progresif hendaklah dijadikan tonggak pengisian UMNO. Jangan paksa atau ajak ulama masuk UMNO, tetapi ambillah pendapat dan cadangan yang baik daripada para ulama yang ikhlas, progresif dan tidak berkepentingan. Jika hal itu dapat digarabkan ke seluruh pelusuk masyarakat melayu, penghayatan Islam akan meningkat, secara tidak langsung mudah-mudahan Allah memberikan kebaikan kepada niat yang jujur ini. Jika pun UMNO tidak menang pilihanraya, UMNO boleh menang pahala mengajak masyarakat menghayati Islam dan persepsi negatif akan dapat dikikis.


-Gambar Hiasan

Imej UMNO sering dikaitkan dengan kurang islamik. Di sudut kefahaman UMNO dikatakan kurang faham Islam. Walaupun sebahagian pihak yang mendakwa itu, kefahaman mereka belum juga tentu betul dengan Islam tulen yang dibawa oleh Nabi s.a.w.

Sebaliknya sebahagian mereka yang mendakwa itu sekadar memahami Islam berdasarkan rekabentuk atau rupa paras yang dicorakkan oleh organisasi atau parti mereka. Tafsiran mereka berdasar tuntutan semasa politik mereka. Namun apapun, imej Islam itu dikaitkan dengan mereka samada ia benar atau disalahgunakan.

Tidak dengan UMNO, sedangkan ruang menonjolkan Islam yang tulen serta progresif begitu diperlu oleh umat manusia terutama dalam negara kita ini. Bukan semesti pemimpin UMNO kena tukar jadi ulama. Banyak organisasi dakwah atau Islam tidak dipimpin oleh mereka yang bertaraf ulama, tetapi diakui nilai islamik mereka.

Jangan UMNO takut kehilangan undi bukan Islam, itu satu kesilapan. Islam jika ditonjolkan secara adil dan bijaksana ia akan menarik hati semua pihak. Masyarakat ingin melihat nilai akhlak dan budi yang baik. Dalam soal Islam, UMNO mestilah bebas dari unsur kemelayuan, kerana Islam agama sejagat. Jika Islam yang universal itu ditonjolkan, bukan sahaja boleh memikat perasaan mereka, bahkan mungkin menjadi dakwah untuk mengajak mereka kepada Islam.

Mungkin ada yang menganggap mustahil hal ini boleh berlaku dalam UMNO. Walaupun saya secara peribadi bukan ahli UMNO, namun pernah cuba membaiki dan menguatkan pegangan Islam dalam Kerajaan UMNO Perlis ketika saya menjadi Mufti Perlis. Alhamdulillah, saya melihat ada kesannya yang bukan sedikit.

Ramai pemimpin ketika itu yang menjadi peminat pengajian ilmu sehingga program-program wakil rakyat dipenuhi dengan pengisian ilmu. Lantas, perjalanan kerajaan pun ditekankan soal penghayatan Islam. Orang kampong keluar berduyun-duyun tanpa dipaksa apabila saya dan kepimpinan kerajaan pergi ke masjid-masjid atau majlis untuk berucap. Hubungan hati antara kerajaan dan rakyat menguasai suasana.

Maka, kesan tidak langsung ketika itu rakyat tidak membuang UMNO di Perlis, walaupun disingkirkan di Kedah yang bersebelahan dengannya. Namun, bukanlah agenda saya untuk memenangkan UMNO dalam pilihanraya, tapi agenda saya ialah dakwah. Saya inginkan Islam itu subur dalam semua organisasi termasuklah UMNO.

Dakwah ini merentasi sempadan parti dan organisasi. Justeru itulah saya menasihati UMNO. Nabi s.a.w pernah menghantar surat Hercules berbunyi:

“Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, daripada Muhammad Pesuruh Allah kepada Hercules Pembesar Rom, salam sejahtera kepada sesiapa yang mengikut petunjuk. Seterusnya, aku menyeru kamu dengan seruan Islam, terimalah Islam nescaya kamu selamat. Allah akan memberikan kamu dua ganjaran. Jika kamu enggan, kamu menanggung dosa rakyat bawahanmu..(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Menjejaki sunnah itu, maka saya katakan kepada UMNO, lakukan proses islamisasi politik secara bersungguh-sungguh, nescaya kamu selamat!

dipetik dari nukilan Dr Asri

Tuesday, September 8, 2009

Ku Dambakan Malam Seribu Bulan

Carilah dengan segala upayamu malam Lailatul – Qadar pada malam-malam yang ganjil daripada 10 akhir dalam Ramadan”-Hadis riwayat Iman Bukhari r.a. Mengapa kita harus mencari Lailatul-Qadar? Jawapnya ialah kerana malam itu satu-satunya malam yang penuh keberkatan dan amal ibadat ketika itu mempunyai nilai pahala yang lebih baik daripada 1000 bulan ( Kira-kira 83 tahun 3 bulan )..

Pada malam tersebut dengan izin Allah, para malaikat dan Jibril dari Sidratul Muntaha akan turun kebumi untuk bertemu dengan orang yang beriktikaf, bersembahyang, bertasbih, bertahmid dan bertakbir memohan kebaikan daripada Allah Taala. Para malaikat akan mengaminkan doa mereka itu. Merupakan detik-detik keemasan yang menjanjikan sinar kegemilangan individu muslim untuk merebut syurga Allah dalam kehidupan kekal abadi iaitu di akhirat.

Sianaran matahari esoknya tunduk akur menahan sinaran cahaya malaikat yang sedang bergegas menuju kelangit setelah berhimpun dipelosok bumi pada malam Lailatul-Qadar.

“Pada malam itu, turun para malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikutnya)’-(Surah al-Qadar).Malam itu penuh dengan kesejahteraan hingga terbit fajar (Surah al-Qadar). Dalam hubungan ini Rasaulullah s.a.w bersabda : “Pada tiap- tiap malam Lailatul-Qadar itu, Allah menurunkan rahmat yang meliputi sekelian mukmin di atas muka bumi ini dari timur ke barat. Selebihnya diperintahkan Allah kepada Jibril agar diberikan kepada bayi yang lahir pada malam itu samada oleh ibu yang Islam atau Kafir”. ( Kitab Durrah al – Nasihin ).

Kebanyakkan ulama berpendapat, Lailatul-Qadar ialah malam mula diturunkan al- Quran, iaitu pada 17 Ramadan tahun ke 40 setelah Nabi Muhammad dilahirkan. Rasulullah bersabda : “Lailatul Qadar dikurniakan ke atas umatku dan tidak kepada umat lain”- Hadis riwayat Anas r.a. Rasulullah pernah memikirkan mengenai umur umatnya yang pendek berbanding umat nabi-nabi yang lain (Sekitar 60-70 tahun jarang yang lebih daripada itu). Dengan rahmat Allah dikurniakanNya malam Lailatul-Qadar yang penuh keberkatan itu terlebih baik daripada 1000 bulan.

Hadis lain menyatakan suatu ketika Rasulullah menceritakan dari Jibril kepada para sahabat mengenai seorang yang sangat soleh menghabiskan masa berjihad selama hampir 1000 bulan iaitu pemuda bani Israel bernama Syarm’un al-Ghazi. Hanya bersenjatakan kulit unta Syarm’un dengan mudah menewaskan musuh. Bila haus ketika berjuang Allah terbitkan air yang segar di celah-celah giginya dan ketika lapar Allah tumbuhkan tumbuhan sekelilingnya.

Puak kafir sangat memusuhinya dan akhirnya memperalatkan isterinya dengan tawaran rasuah yang tinggi. Ketika Syarm’un sedang tidur, isterinya mengikat dengan seutas rantai besi namun sebanyak dua kali gagal. Pahlawan Islam ini mempunyai kekuatan luarbiasa hingga dapat memutuskan rantai tersebut dengan mudah malah cubaan ketiga juga gagal.

Akhirnya Syarm’un dedahkan rahsia kekuatannya kepada isterinya yang disangka tiada apa-apa. “Tiada sesiapa dapat memudaratkan diriku kecuali dengan izin Allah dan tiada siapa dapat mengalahkan aku kecuali dengan sehelai rambutku!” Dedahan ini memerangkap dirinya. Beliau tidak dapat melepaskan diri apabila diikat dengan sehelai rambutnya. Kesempatan ini diambil oleh musuhnya menyeksanya sebelum dibunuh. Pelbagai seksaan dilakukan pada pemuda ini, matanya dikorek, telinganya dipotong dan tubuhnya diikat pada sebatang tiang rumah ditikam-tikam dengan senjata tajam.

Allah mengilhamkan Syarm’un supaya memohon perlindungan dariNya. Lalu pemuda itu memohon agar dapat menggoyangkan tiang supaya dapat merobohkan rumah dan menimpa musuh yang hendak membunuhnya. Doa Syarm’un dimakbulkan apabila dia dapat kekuatan yang luar biasa hingga dapat menggoyangkan tiang yang teguh itu dan membunuh musuh-musuhnya termasuk isterinya ditimpa runtuhan.

Dengan kuasa Allah s.w.t. tubuh Syarm’un yang cedera juga turut pulih serta merta. Syarm’um kemudiannya berpuasa selama hampir 1,000 bulan lagi bagi membalas pertolongan Allah yang menyelamatkan nyawanya. Perjuangan Syarm’un dan kekuatan imannya sungguh luar biasa begitu mengharukan Rasulullah dan para sahabat berdukacita kerana tidak dapat mencapai ganjaran seperti itu. Mereka bertanya akan ganjaran yang diberikan Allah kepada pemuda itu. Baginda menjawab tidak tahu, lalu Allah menurunkan Surah al-Qadar. Anugerah malam Lailatul-Qadar dengan menghidupkan malamnya mempunyai ganjaran melebihi 1,000 bulan, tidak perlu melakukan jihad sehebat Syarm’un.

Membaca satu ayat al-Quran pada malam Lailatul-Qadar lebih disukai oleh Allah berbanding membaca seluruh al-Quran hingga khatam pada malam-malam lain. Perbualan nabi Musa a.s yang terkenal suka berdialog dengan Allah.

· Nabi Musa a.s: “Ya Allah aku ingin mendekatiMu?”

· Allah: “Apabila engkau menghidupkan malam Lailatul-Qadar!”

· Nabi Musa a.s: “Ya Allah aku ingin RahmatMu?”

· Allah: Rahmat dan belas ikhsanKu kepada mereka yang menghidupkan malam Lailatul-Qadar!”

· Nabi Musa a.s: “Ya Allah aku ingin melintasi Titian Siratul Mustaqim selaju kilat”

· Allah: Hanya jika engkau menghidupkan malam Lailatul-Qadar

· Nabi Musa a.s: “Ya Allah aku ingin duduk dibawah pohon syurgaMu dan menikmati buah-buahannya?”

· Allah: Dirikanlah ibadat pada malam Lailatul-Qadar!”

· Nabi Musa a.s: “Ya Allah aku ingin selamat daripada api neraka?”

· Allah:Wahai Musa, carilah keberkatan pada malam Lailatul-Qadar!”

Setiap malaikat mendoakan umat yang bermunajat, itulah kelebihan umat Muhammmad antaranya diampunkan dosa-dosanya pada malam Lailatul-Qadar belum pernah terjadi kepada umat lain sebelum ini. Disamping doa dan harapan kita umat Islam untuk mendapat kesejahteraan hidup, rezki yang berkat, ilmu yang bernafaat, kesihatan yang baik dan sebagainya tiada hijab untuk Allah menrima dan memakbulkannya. Melainkan empat orang yang tiada diampunkan dosanya iaitu:-

1. Orang yang kekal minum arak.

2. Orang yang derhaka kepada ibubapanya.

3. Orang yang memutuskan silaturahim.

4. Orang yang tidak bercakap dengan saudaranya lebih 3 hari.

Lailatul-Qadar membawa makna Malam Kemuliaan dan Kebesaran iaitu malam terkumpulnya keseluruhan al-Quran di Lauhul-Mahfuz sebelum diturunkan secara berperingkat-peringkat selama 23 tahun. Surah Ad-Dhukaan ayat kedua juga di sebut mengenai kemuliaan al-Quran yang diturunkan pada malam Lailatul-Qadar:

“Demi al-Quran! Kitab yang menerangkan kebenaran. Sesungguh Kami telah menurunkan al-Quran itu pada malam yang berkat…(Kami menurunkan al-Quran pada malam berkat itu dijelaskan malaikat tiap-tiap perkara yang mengandungi hikmat serta tetap berlaku),-tidak bertukar atau berubah.

Satu lagi hadis menceritakan mengenai beberapa orang bani Israel menghabiskan masanya lebih 80 tahun menyembah Allah s. w. t. Mereka ialah Nabi Ayub, Nabi Zakaria dan Nabi Yusya. Mendengar itu sahabat Rasulullah s.a w. takjub dan bertanya bagaimana cara untuk menyaingi mereka itu, lalu Rasulullah bacakan Surah al-Qadar.

Ibnu Hazam berpendapat:-

· Jika bulan Ramadan 29 hari – maka 10 hari terakhir bermula malam ke 20, maka Lailatul-Qadar jatuh pada malam yang genap.

· Jika Ramadan genap 30 hari – maka 10 hari terakhir bermula malam ke 21, maka Lailatul-Qadar jatuh pada malam yang ganjil.

Lailatul-Qadar adalah kurniaan Allah s.w.t kepada umat Muhammad s.a.w. yang tidak ternilai fadhilatnya. Ini ada kaitan dengan umur manusia di zaman akhir ini (Umat Muhammad).

Jibril a.s. berkata kepada Rasulullah s.a.w.” Ya Muhammad, tahukah engkau kenapa singkat umur umatmu?”Tanpa menunggu jawapan, Jibril a.s sendiri menjawab pertanyaan ituSebabnya supaya mereka tidak berpanjangan melakukan maksiat ….”. Lailatul-Qadar hanya satu malam sahaja dalam malam bulan Ramadhan.

· Ulama sependapat mengenai tarikhnya, namun kebanyakkan menyatakan tarikhnya ialah pada malam 27 Ramadhan ( Malam 7 likur ).

· Iman Syafie r. a. menyatakan Lailatul – Qadar pada malam 21 Ramadan dan lain-lain ulama menyatakan pada malam 23, 25 dan 29 Ramadhan.

· Ada yang menyatakan daripada 10 malam akhir Ramadhan samada malam yang ganjil atau genap.

Sahibul-Tanbih r a. menyatakan, Lailatul-Qadar jatuh pada malam 27 Ramadhan berdasarkan jumlah huruf kalimah Lailatul-Qadar (Dalam tulisan al-Quran) iaitu jumlahnya 9 didharabkan dengan 3 (Kerana disebut 3 kali dalam asurah berkenaan) lalu dapat 27.

Mengikut Ibnu Abu Hurairah r.a., Abu al-Hassan menyatakan sejak baligh dia tidak pernah luput dapat menemui malam Lailatul-Qadar itu berdasarkan hari awal Ramadhan seperti berikut :-

· Hari Ahad dan Rabu maka Lailatul- Qadar pada malam ke 29 Ramadhan.

· Hari Isnin maka Lailatul- Qadar pada malam ke 21 Ramadhan.

· Hari Selasa dan Jumaat maka Lailatul- Qadar pada malam ke 27 Ramadhan.

· Hari Khamis maka Lailatul- Qadar pada malam ke 25 Ramadhan.

· Hari Sabtu maka Lailatul- Qadar pada malam ke 23 Ramadhan.

Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. “Sesiapa menghidupkan (Beribadat sepanjang malam) malam Lailatul-Qadar dan mendirikan sembahyang dua rakaat, kemudian memohon keampunan daripada Tuhannya, maka diampunkan dia oleh Allah Taala dan di masukkan kedalam rahmatNya, kemudian disapukan dia oleh Jibril a.s. dengan dua sayapnya. Barangsiapa disapu oleh Jibril dengan sayapnya maka didalam syurgalah tempatnya…..”.

Dalam riwayat lain,“Sesiapa mendirikan sembahyang empat rakaat dengan membaca surah al-Fatihah, al-Kauthar dan al-Ikhlas tiga kali, dimudahkan menghadapi sakratul maut, dikecualikan daripada azab kubur dan dikurniakan empat tiang daripada nur tiap- tiap satunya terdiri 1000 mahligai“.

Lantas dirikanlah:-

1. Sembahyang sunat 2 rakaat, setiap kalinya dibaca surah Fatihah 1x dan surah al-Ikhlas 7x.

2. Diikuti bacaan istigfar (Astaghfirullahal azim wa atubuilaihi), zikrullah (La ilaha illallah, Allahu akbar), bertasbih (Subhanallah wal hamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar wala haula wala quwwata illa billahil ‘aliyyil ‘azim), selawat (Allahumma sholli’ala saidina Muhammad).

3. Sembahyang sunat tahajjud.

4. Sembahyang sunat tasbih.

5. Mereka yang bertemu Lailatul-Qadar akan terus dingin badannya kerana dihampiri dan disalami oleh para ,alaikat, hendaklah segera membaca: “Allahumma innaka ‘afuwwun karim tuhibbul ‘afwa fa’fu anni waghfirli”.

Membaca surah al-Qadar 7x selepas sembahyang Isyak akan menjauhkan kita dari malapetaka. Tidak menjadi alasan wanita yang haid, walaupun uzur hendaklah memperbanyakkan:-

{ Doa.

{ Beristighfar.

{ Bertasbih.

{ Bertahmid.

{ Bertakbir

{ Bersedekah

{ Menjaga maruah dan akhlak

{ Sentiasa berada dalam keredaan suami (bagi yang berkahwin).

{ Sentiasa berada dalam keredaan ibu bapa (bagi yang tidak berkahwin).

Apabila berakhirnya bulan Ramadhan , menangislah wali-wali Allah, menagislah tujuh petala langit dan tujuh petala bumi dan segala malaikat kerana berlalu pergi bulan itu. Berlalulah segala kelebihannya:

{ Bulan yang dilipatgandakan pahala dan ganjaran.

{ Bulan yang mudah Allah ampunkan taubat hamba-hambaNya.

{ Bulan yang banyak sekali diturunkan rahmat ke semesta alam dan

{ Bulan yang terdapat padanya MALAM LAILATUL-QADAR!

Sunday, August 23, 2009

ahlan wasahlan ya Ramadhan..



Ramadhan Kareem!!!


إن العربية لغة أهل الجنة


(إن العربية لغة أهل الجنة)


النبي محمد صلى الله عليه وآله وسلم

ليس كل من تكلم لغة العرب يعرف قوانينها ولذا فقد اختصت الفصاحة بعارفي قوانين اللغة العربية في حين تنطق المجتمعات العربية بلغة وسطى هي ما بين العربية الفصحى وأحد لهجاتها العديدة ويعتبر هذا التمازج بين أن يتكلم أجنبي ما لغته الأجنبية المعينة ويطمح لتعلم اللغة العربية فإن عليه تعلم الشطر الفصيح منها لأن العربية الفصيحة هي اللغة ذات المدى المشترك بين كل الناطقين بلغة الضاد إذ عند النطق بنموذجها الفصيح فإن كل اللغات العربية الوسطى إذا جاز اعتبارها لغات وليس لغة وعلى احتساب أن أي مزيج لغوي بين العربية الفصحى وإحدى لهجاتها تشكَّل لغة وسطى تختلف في مثالها إذا اختلفت اللهجة العربية المنطوقة مع اللغة العربية المنطوقة ومثال ذلك أن نطق أهالي الموصل بالعراق المتعلمين اللغة العربية دراسياً ينطقونها مطعمة بأصوات ومفردات لهجة أهل مدينة الموصل في حين أن أهالي مدينة الإسكندرية بمصر المتعلمين أيضاً عربيتهم الدراسية ينطقونها مع لهجة أهل الإسكندرية سوية بنموذج آخر نظراً لاختلاف المفردات وطريقة نطق اللغة العربية الوسطى لديهم.

ومن هنا وإنقاذاً لهذا التشابك بالنسبة لتعلم العربية من قبل الأجانب فإن الحال يقتضي تعلمهم للغة العربية الفصحى البحتة حتى يكونوا في مستوى مقبول من كل الناطقين بلغة العرب ويُفهم نطقهم لها بصورة أدق.

وتكتنف إجادة العربية بالنسبة للأجانب المسلمين أهمية أضخم من غيرهم لتعلمها وهذا ما يقتضي خلق فرص التعلّم للعربية باعتبارها لغة كتابهم المقدس (القرآن الكريم) ولكن وفقاً لأحدث التقنيات المتبعة في تعلم اللغات الأجنبية.

من البديهي جداً أن الأجانب الوافدين إلى البلاد العربية سيتعلمون اللغة العربية أيسر مما يتعلمها في كليات معاهد أجنبية نظراً لأن أغلب أساتذة تعليم اللغة العربية لدى الدول الأجنبية هم من الأجانب أيضاً والمؤكد الذي لا جدال فيه أن تعليم أي لغة من أهلها.. أفضل من أن يتعلمها من غيرهم وطبيعي فهذا الرأي لا يلغي حالة الاستثناء لهذه القاعدة العامة.

ومن ناحية آليات تعليم العربية لأول مرة للأجانب أن تراعى مسائل كثيرة تأخذ بالاعتبار الأول ضرورة التدرج العلمي لمعرفة اللغة العربية نطقاً وكتابةً وقواعداً ولعل من أولويات ذلك عرض أشكال الحروف ثم الحركات ثم العلامات العربية التي تدخل بطبيعة الحال لتدوين النطق العربي ومعلوم أن قصة تهجي الحروف لأي لغة تتطلبها الانطلاقة العلمية لتعلم أفضل وبأيسر الطرق.

إن هندسة الحروف العربية وأشكالها البديعة المتناسقة من حيث المدّ أو التقوّس أو الارتفاع أو الاستدارة وإبراز دور (النقاط) فوق أو تحت كل حرف مختص بضمه لنقطة واحدة أو أكثر هي مسألة يقضي الحال تفريقها بين كل حرف فالنظر مثلاً إلى الحروف ذات الشكل الواحد (ج) أو (خ) أو (ح) لا يميز بعضها عن بعض إلا وضع النقطة المرسومة بداخله كما في حرف الجيم أو علو النقطة عليه كما في حرف الخاء أو إهمال النقطة على ذات أحد الحرفين وعندها يسمى بـ(حاء) وهكذا..

مما لا شك فيه أن ميكانيكية معرفة القراءة والكتابة العربيين تأتي بعد مران دراسي طويل يفضل أن تتم في حدود أرجاء الصف الدراسي أولاً من خلال الانتباه الشديد ويأتي البيت في الدرجة الثانية للمذاكرة المتواصلة أو أي مكان آخر مناسب من أجل ترسيخ أفضل للمعلومة اللغوية في الذهن.

وإذ تبقى الممارسة اللغوية سماعاً وقراءةً وكتابةً ومحادثةً هي أساسيان ممكن أن يشهدها النشاط الصفي فإن الاستعانة بوسائل التكنولوجيا لتعلم لغة أجنبية لا ينبغي إغفالها ومن ذاك مثلاً الاستعانة بكابينات اللغة التي فيها ميكرفون للتكلم بين مستقبل للكلام ومصدّر له حيث يتم الإشراف على سماع ألفاظ الطلبة أستاذ تعليم اللغة بواسطة جهاز مركزي يستطيع منه سماع ألفاظ أي طالب يختاره ويصحح له بعضها عند مقتضيات الحال عبر السماعة الخاصة بالطالب الذي يضعها عادة على أذنيه عند دخوله كابينة اللغة التي لا تتعدى مساحتها أكثر من إشغال كرسي مع طاولة يفصلها عن كابينة أخرى حاجز زجاجي.

والسبورة ضرورية في تعلم كيفية تصريف الكلمة وبعض الأساتذة مثلاً يقسمّون السبورة إلى ثلاثة أقسام واحد منها لصيغة الماضي والآخر للمضارع والأخير للمستقبل كما في صيغة: (قرأ، يقرأ، سيقرأ) الخ..

وطبيعي أيضاً فإن دراسة محاور أخرى غير اللغة الأجنبية المراد تعلمها كمحور التاريخ والجغرافيا والتربية.. كلها عوامل تساعد على إغناء المتعلمين بمفردات حديثة ومعرفة كيفية استعمالها اللغوي الصحيح. وبذاك يرتفع مستوى أداءات تعليم اللغة العربية (مثالاً) التي تعتبر لغة أجنبية بالنسبة للأجانب بطبيعة الحال.

Friday, July 31, 2009

Taklif sebagai seorang pelajar

Memang xdapat dipisahkan seorang pelajar dgn kerja-kerja atau tugasan. Inilah lmrah menjadi seorang pelajar universiti atau mana2 insttitusi pengajian. Tetapi, perihal tugasan yg telah ditaklifkan kepada seseorang pelajar itu akan bertambah menggunung apabila beliau berada pada satu tahap yg semakin menaik dalam menuntut ilmu contohnya penulis yang sekarang menyambung pelajarannya ke peringkat Master. Ini peringkat yg boleh dikatakan tinggi dan ia memerlukan suatu usaha dan juhud yang tinggi. Semoga penulis dapat meneruskan amanah yg telah ditaklifkan ke atasnya utk disiapkan. Doa sebagai senjata utama dan tawakkal menjadi penyejuk hatinya.

Wednesday, July 1, 2009

Kini Bergelar Pelajar Kmebali..

Percaya atau tak percaya.. aku kini menjadi pelajar semula. tp kali ni menjadi pelajar yg memerlukan kesungguhan yg sgt tinggi di samping sokongan keluarga dan kawan2.. 30/06/09, aku telah menuju ke IIUM, tempat di mana aku beroleh Ijazah sarjana Muda dan kini mencari Ijazah sarjana yg bukan mudah untuk aku tempuhinya.. Ya Allah permudahkanlah hambaMu ini dalam memenuntut ilmu, dan sesungguhnya memcari ilmu itu bukan sesuatu yg mudah bahkan memerlukan kesungguhan dan istiqamah.. Ya Allah, jadikan hambaMu ini seorg yg berIstiqamah dalam memenuhi kejawiban sbg seorg hamba..

Hari pendaftaran.. aku kelewatan.. ad kelas dan hbs kul 11 aku terus menuju ke IIUM, tetapi aku telah terlupa sesuatu yg sgt penting, dokumen2 berkenaan peribadi, dan aku ambil keputusan untuk balik ke rumah.. dgn keadaan jalanraya yg sesak aku berdoa agar senua berjalan lancar.. dan selepas zohor barulah aku bertolak semula ke IIUm tapi malangnya semua sudah berakhir adan aku perlu sendirian pergi ke Center for Postgraduate Student (CPS) untuk mendapat kan verification.. tapi untuk itu saja aku menghabskan masa yg lama.. tetapi aku laluinya dgn tabah dan bersabar..

hari ini, rabu 1 Julai 2009, aku menuju ke IIUM kerana sesi Ta'aruf akan bermula.. sebelum itu, aku telah ke finance division utk mengesahkan payment aku untuk Masres ini.. dan semuanya berjalan lancar dan semuanya berakhir jam 5 ptg..

Tuesday, June 16, 2009

Kelas kini sudah bermula

Minggu ni dah stat kelas kat USIM. Aku dah pun masuk kelas dan mengajar budak2 baru. Yg menakutkan pelajar lelaki yg aku ngajar hanya lima org shj.. yg len perempuan. Jammed. bayangkan cmn aku nk harungi sepanjang sem. Dah la single lg, duk jeling lama2 xblh satg depa kata pa plak.. hehehe.. sume pelajar aku adalah pelajar sains teknologi. berbeza dgn sem2 terdahulu aku telah ngajar bdk2 syariah shj. Selama aku ngaja di USIM, byk perubahan aku hadapi. dr segi life, kewangan semua telah berubah.. cuma kahwin ja dak g.. hahaha.. bila agaknya aku sedia nk kata..", ana suka kat anti, sudikah anti jadi isteri ana". mampukah aku ucapkan kata2 penuh makna ini.. huhu.. Tggu la InsyaALlah.. bila ekonomi dah pulih, kerja pub dah stable, everything gonna be fine.

Setakat ni yg aku perhatikan, kebanyakan student dahulunya belajar arab just hafal buta2 je, tp bl da msk U ni, satu ape pun da tak ingat.. so kena bljr blk. walaupun para ustaz len suh aku tekankan pasal takallum, tp aku refresh diorg dahulu, bg diorg panas dl, pastu br aku suh depa cakap berhambur kat depan kelas. bg depa sedikit konfiden. aku selalu bg nasihat agar jgn takut bercakap, jgn jd mcm aku sewaktu blajar dl. Aku nk diorg gembira dan selesa dgn pembelajaran di dlm kelas. so kelas akan jadi happening dan setiap ape yg diorg belajr dpt catch up dgn cepat, InsyaAllah mudah mudahan. So aku berdoa agar semua pelajar aku cermerlang dan berjaya dalam apa jua pelajaran yg di pelajari. So jadi kan bahasa Arab sebagai bhs percakapan harian, Keran bahasa Arab bahasa Syurga bahasa Al-Quran.

Ana aktafi bihaza qodar, Assalamualaikum, atamanna ala amlin an naltaqi fi marroh ukhra.

Thursday, May 28, 2009

keretaku rumahku

sejak wak mai keta ke sini, hidup aku bagaikan bak pepatah rumahku syurgaku, tapi tukar sikit, keretaku rumahku.. hehehe.. sejak mai moto aku, aku tinggai sat.. dalam berapa kali ja aku pakai.. ya la hari-hari len aku p umh adik aku n umah awie ngan keta pastu aku tidur kat sana.. kekadang tu pas habis ngaja aku singgah umah awie kdg2 tu sampai lewat then aku tdr sana n br aku balik.. adooiyai..

tapi sejak aku bawak mai keta sini ( KL) fuh wang tuk bela keta aku keluar mcm air paip yg tak boleh ditutup.. mati kalu mcm tu.. disebabkan keta aku yg asalnya, tinted dia xelok dan akhirnya aku tukar, stat drpd aku tukar tinted baru, mcm2 aku tukar, steering nya aku tukar, rug pun aku tukar, lepas tu, aku pasang dvd player baru, tpi bukan tu saja, aku tambah g dgn amp nya dan free amp.. dan yg bestnya speaker kat belakang pun aku bedal.. semua tu aku belanja kat brother, kedai aksesori kereta yg terkenal.. awal tu kat bangi sahaja tp pastu aku melangkau hingga ke wangsa maju.. giler... mak aiii. belambak2 dalam masa tak sampai sebulan sahaja duit aku kuar tanpa disedari.. tapi pas pada tu aku sedar aku telah mengikut nafsu ammarah yg berapi2.. JEM!!!

dan sekarang aku kena kawal aliran keluar wang aku yg masih berbaki dalam beberapa ratus shj.. duit masuk tadak.. aduuss!! tp aku kena bersabar dan ikat perut.. biar putih tulang jgn putih mata.... aku mmg btl2 kena save duit aku kalu tak habis la... dan aku harap plan aku nk sambung study berjaya. tp aku sedikit lega kerana minggu depan kelas tuk sem baru bakal bermula jd aku ada jgk la keja tuk dilakukan kalu nk dibanding kan dgn mggu yg lepas seminggu sekali shj.. hanya program pengukuhan bahasa Arab shj yg aku focus.. aku nk jgk wat keja len maksudnya keja sampingan mcm ngaja tuisyen ke.. dan dll.. aku ade apply kat KUIS, n ngaja bahsa Arab to public kat UM.. harap2 Allah SWT kurniakan aku rezeki.. oh tidak... smp bila aku nk keja part time.. kalu dpt kat KUIS aku akan tunaikan solat sujud syukur InsyaAllah...

dah hbs.. balik kepada cite kereta, mggu depan aku nk balik ngn awie, blik kpg la.. awie nk amik barag2 niaga die.. aku plan aku boleh wat benda tu sambilan.. nk cr duit sampingan kata kan... InsyaAllah.. plan nya nk balik hari Rabu depan nih.. tgk cmn.. kalu nk balik jgk.. mmg aku kena kuarkan duit dr ASB.. mana ada lg duit simpanan.. n yg ade pun RM500 je.. bayangkan aku masukkan dulu RM5000 skrg jd RM 500.. JEM!!!

tapi xpe.. kalu cakap pasal duit.. mmg sape2 pun xcukup.. so duit d=boleh di cari. cuma ilmu yg perlu dicar sebanyak mungkin...

Tuesday, May 26, 2009

Sungai Gabai

Seminggu pas p bagan lalang dan Ulu Yam.. haa mai pulak cadangan nk p Sg congkak la sg gabai la.. dan akhirnya kami memilih Sg Gabai keran dgq kata tmpt tu menarik lagi drpd Sg Congkak.. so mcm besa bdk2 rumah kat Bangi depa bukan tau pun jalan p sana.. JEM!! aku jgk yg kena bg direction.. xpa2 kita jd org prnting.. hehehe.. kami p sana seramai 5 org.. aku. adik aku, usop, apit dan muaz.. hari tu rasa panas sgt kot tu yg tetibe plan nk ke sana tu.. hehehe

Sg Gabai satu jalan ja ngn Sg Congkak tp sg congkak atas sikit drpd sg gabai.. aku duk ingtkan sg gabai da xbest tmpt dia.. tp bila smp nmpk cm menarik.. tp tgk kawasan mandi kat bawh cm cetek sgt tp ada tebing tggi yg mana air turun dr situ tinggi giler.. huh kalu jatuh mmg KO.. pastu ada tangga tinggi jgk bulih trkuar kaki jantung dan perut betis.. mengah naik bukit.. bila smp atas bukit tu.. fuh ramai gak org.. tp tempat dire mmg best.. best sgt.. mmg xrugi kami dtg... lg best drpd sg congkak.. ada batu bentuk mcm gelongsor air.. tp batu asal.. air die xde la cetek sgt tp nk mandi nk berendam mmg terbaik.. hahaha

lagi sejuk drpd Ulu Yam.. ulu yam ada ape sgt.. mmg sungai tapi sg gabai the best.. len kali kalu nk g.. g sg gabi tak rugi tau.. nnt aku paparkan gambar2 yg telah pun di ambil..

skrg nikmati gambar2 yg disediakan..

gambar ni menunjukkan usop wat aksi bahaya..
hampir tergolek ke dalam air.. tebing tinggi tu kat situ.. takaut aku tgk..jgn buat dah no..
usop penuh berhati2 turun ke bahagian yg kebih rendah
sebelum mandi kena la prepare dl.. perut pun kena juga.. ahhaha
ni time mendaki penat oo. rest sat di R&R yg berdekatan haha
sambil2 tu tgk bebudak mandi kat air terjun yg tggi giler..
ni paparan awal setiba di sg gabai.. cantik kan..
action plak budak nih.. hahakhak
ni la kecantikan alam yg Allah jadikan..
ni kat surau.. bgs ada wat surau.. sampai2 sg gabai km p solat dl.. mandi2 gak solat jgn lupa..




Bagan Lalang-Ulu Yam

Minggu lepas hari sabtu 16 hb 5, bersamaan 22 jamadil awal, aku, usop dan apit kami tanpa planning panjang maksudnya on the spot kami nk p mandi kat Bagan Lalang area2 Sepang Goldcost. Penah p dak? hehe.. nk p len kali jom boleh saja... aku dl penah p dlm setahun lebih yg lalu dan budak dua ekoq tu xpenah p.. aku pun ingt2 lupa jalan dia.. apa lagi siap telajak p nk dekat smp Morib Resort.. JEM! aku call mem b aku dan dia kata kena masuk jalan Sepang.. aku ingt blh KLIA coz bdk2 tu kata depa nmpk signboard Sepang goldcost.. pastu cari xjmp pun.. adooiyai.. hehee

so akhirnya jmp lorong tu dan kami smapi jgk.. ingtkan da xley mandi sebb ramai bdk wat camping tp akhirnya kami jmp port yg baik punya.. apa lg mkn2 pastu terjun dlm laut.. oh bestnye rasa air pantai. dah lama aku xrasa begini hahaha..




time nk sampai dah.. aku drivernye sipa sesat g lol!

ni time dahaga pekena teh tarik hihi
duk asyik tgk anak dara org.. adoi xhbs2

Haa lepas habis mandi laut.. aku bagi cadangan nk bilas mandi laut dengan air tawar.. depa dua pun duk support.. dan akhirnya.. hahaha.. kami plan ke Ulu am pulak.. JEM!! HEHE .. tp sebelum tu kami plan nk p kenduri sedara usop.. jd kami kena balik umh dulu.. dan cadangan seterusnya adalah untuk mengajak Peja dan Wan.. dan depa pun bersetuju sejurus usop call.. suh depa siap dan kami on the way balik umh dl...

Selepas sesat mencari umh kenduri kat area taman cheras impian akhirnya kami sampai dan penuh kelaparan kami menjamah nasi hujan panas.. alangkah sedapnya... hehe melelih air liur kami yg membaca ni.. hehehe.. dan pas kenyang kami pun terus bergerak ke Ulu Yam.. aku men belasah jer.. dah lama xp dan akhirnya kami sampai jugak.. mak ai nk masuk parking kane bayar RM4 tu.. pandai pbetui abg tu wat duit.. ramai pulak orh time tu.. weekend namanya pun.. ramai la awek2 kat situ. JEM!! xpa yg prnting kami nk mandi.. errkk... sejuknyer.. best giler dapat rasa air kat Ulu Yam tu.. rasa cm xnk naik je.. tp nk kembung blh la tanak naik.. hehehe

tgk2 la gmbr kat bawh ni yer..:-p
ni time dah xsabar nk mandi manda hukhuk

ni time br jumpa port


ni time sampai

dah habis mandi kami balik tp singgah sat kat tasik tgk org duk men kayak.. pekena air tebu lg.. pergh.. hehe

air terjun yg sgt bahaya
don't try this at home, at waterfall ok..:-P
4 jejaka kembong minum air byk.. hehehe

ni time balik n dah jadi mcm mat lalop dah. ponet giler
ni duk tgk org men kayak.. nak men da tak mampu nk kayuh dah..
duk bermesra sambil amik gambar.. hehehe
aktibiti terakhir hari tu kami p Dagang Avenue.. makan minum smp kui 7 pastu kami pun pulang ke rumah dgn hatu yg gembira.. hehe..