Hari Raya Korban, Hari Raya Haji, Hari Raya Aidil Adha... walau apapun terdapat banayk nama namun ia tetap satu.. hari ini adalah hari yg terbesar dab penuh bersejarah kerana berlaku peristiwa yg patut setiap umat yg bergelar Muslim mengetahuinya... peristiwa bersejarah di antara Nabi Ibrahim a s dan anak Baginda Nabi Ismail.. di mana Nabi Ibrahim telah mendapat wahyu drpd Allah Pencipta Alam Semesta ini untuk mengorbankan anaknya dan ia menjadi suruhan Allah ke atas baginda untuk menguji sejauhmana ketaatan baginda kepada Allah.. dan dengan keikhlasan dan keredhaan baginda.. Allah telah menerimanya dan menggantikan anaknya kepada seekor kibas..Maka jadilah peristiwa yg amat bermakna bagi setiap umat Islam dalam memahami makna perkataan pengorbanan dengan penuh mendalam serta bersyukur atas segala nikmat yg telah Allah suruhi.. pengorbanan adalah sebagai satu tanda syukur hambaNya kepada segala nikmat yg Allah kurniakan.... mudah mudahan Hari Raya Aidil Adha ini kita dapat perbanyakkan kebajikan dan bantu menbantu antara satu sama lain.. dan semoga korban lembu kerbau atau kambing yg akan kita laksanakan nant dalam menyahut seruan Allah, Insyallah mendapat berkat rahmat serta redhaNya dan diterimaNya atas dasar keikhlasan kita dalam melakukannya... dan beringatlah.. jangan kita membuat kemungkaran dalam kita melaksanakan suruhan Allah.. ikutlah segala panduan yg telah RasulNya ajari kita semua.. agar kita tidak tergolong dalam golong org2 yg rugi..
Dan
Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan diseluruh dunia bagi menandakan berakhirnya tempoh mengerjakan ibadat haji di Mekah, yang merupakan rukun Islam kelima yang terakhir bagi mereka yang mampu, dan menandakan bermulanya ibadat korban untuk dibahagi-bahagikan kepada fakir miskin. Hari Raya Haji adalah perayaan yang istimewa seperti yg saya sebutkan di atas tadi, kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.
No comments:
Post a Comment