Monday, December 8, 2008

Hari Raya Korban

Selamat Hari Raya Aidil Adha Maaf Zahir dan Batin, Aku ucapkan kepada semua umat Islam terutama kepada mereka yg sedang menunaikan Ibadat Haji di Mekkah al-Mukarramah. Pada Ahad 7 Disember lebih kurang pukul 5 petang berjuta-juta penduduk dunia sedang menunaikan amalan kemuncak iaitu Berwukuf di Arafah. Berwukuf di Padang Arafah adalah satu simbolik di mana menunjukkan keadaan manusia berada di Padang Mahsyar. Dan berwukuf di Arafah menunjukan manusia adalah sama xkira tua da muda miskin atau kaya. Pada ketika itu semua manusia berdoa kepada Allah SWT moga-moga Haji mereka Mabrur dan memohon pelbagai permintaan.
Sementara itu, jutaan manusia di merata tempat mengerjakan Solat Aidil Adha dan selepas itu mengadakan Ibadah korban. Ada yg melakukannya dgn lembu dan juga kambing. Setiap pengorbanan yg dilakukan dengan .penuh keikhlasan kerana Allah agar mendapat keberkatan dan mendapat ganjaran pahala yg tersangt tinggi. Titisan darah ternakan tersebut sebelum jatuh ke bumi, mendapat pahala kebajikan yg begitu besar di sisi Allah SWT. Hal inin samalah sebagaimana peristiwa yg berlaku kepada Nabi Allah Ibrahim a.s dan anak nya Nabi Allah Ismail a.s. Nabi ibrahim telah melekukan tanggungjawabnya sbagaimana yg diperintahkan oleh Allah SWT. Dengan keihklasan baginda, Allah SWT telah manggantikan Ismail dengan seekor kibas. Ini merupakan peristiwa agung dalam sejarah Islam.

Sehubungan itu, pada tahun ini, inilah kali pertama aku menyertai Ibadah korban ini. Aku sertai peserta2 lain yg terdiri drpd 6 peserta yg lain menjalankan ibadah korban. Abah aku mengimport penyembelih dr Bkt Pinang, Pak Ngah Aku, untul sembelih lembu, lembu ni aku tengok macam fhm je, dan sedih pun ada jgk, dia lembu tu baik xde wat perangai. Dan penyembelihan dilakukan dengan sempurna hasil kerjasama semua peserta dan penduduk kpg yg lain. Dgn daging yg diperolehi, kami sekeluarga membuat kenduri dan ramai jg yg hadir.
Dalam jam 9 mlm, satu rombongan terdiri Pak Ndak Awang n sekeluarga, PakSu Maksu dan Cik Lah sekeluaraga dtg ke rumah. Ape lagi jamu mkn sup daging yg sedap dihasilkan oleh mak aku yg tercinta dan chef2 berkaliber yg lain. Sebenarnya tuk keluarga aku, ada 1 bahagian, tapi ada lagi satu bahagian, Pak Ya kalau tak silap beliau tumpang wat kenduri, so jd byklah. Tapi Alhamdulillah semau dgg2 korban diagihkan dan dibuat kenduri dengan selamat. Aku amat bersyukur dapat sertai bersama dan berdoa agar pengorbanan yg aku lakukan mendapat Pahala g Besar dan mendapat keampunan atas segala dosa yg telah aku lakukan. Aminn. Tahun depan aku berniat nk buat lg Insya Allah.. jumpa lagi..

No comments: