Wednesday, September 5, 2012

Guru Tuisyen Bahasa Arab

Kelas tuisyen ini ditawarkan Kepada pelajar-pelajar yg ingin memantapkan bahasa arab dari segi pertuturan, penulisan,bacaan, tatabahasa serta membina ayat-ayat dalam bahasa arab dgn betul.
Pengalaman saya boleh membantu pelajar-pelajar untuk menguasai bahasa arab yg lebih baik insyallah.  Dan saya mempunyai modul yg membantu.
Kepada pelajar-pelajar SMP saya sangat alu alu kan. Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya di talian 0134484441.

Sunday, November 21, 2010

Hati, ciptaan Allah SWT yang paling hebat

Hati manusia adalah suatu ciptaan Allah yang sgt unik kerana hati ini tidak dapat di lihat tidak dapat disentuh secara zahir dengan jari jemari tetapi hebatnya dapat disentuh dengan kata-kata dan baik, kata2 yang manis, yang dapat menjadikan manusia itu sendiri lemah atau kuat dengan hati itu sendiri.. hati bilamana baik, baiklah segalanya, dan bilanya rosak, maka rosaklah segalanya.. itulah hakikat hati.. Hati yang benar2 suci adalah hati yang sentiasa mengingati Allah.. dan selalu mencari ketenangan dengan menyebut nama Allah setiap masa, membaca al-Quran yang menjadi penawar bagi hati-hati yang dilanda masalah, mengharapkan keampunannya di atas segala dosa dan kesilapan lalu, berazam dengan meninggalkan segala kemungkaran dengansebenar-benar taubat iaitu taubat nasuha, menjadikan zikrullah sebagai santapan dan makan jiwa.
Hati ini sangat mudah tersisir dari tujuan diciptakannya, kerana manusia punyai nafsu dan syaitan sentiasa mengajak manusia dengan bisikannya untuk melupakan Penciptanya dgn mudah sekali. Hati yang tidak pernah mengingati Penciptanya akan menjadi keras dan penuh dengan tompok2 hitam yang akan menjadikan diri seseorang itu sgt sukar untuk balik dan kembali kepada fitrah asal kejadiannya.
Cinta sangat berkait rapat dengan hati. Ia adalah perasaan yang terhasil daripada hati yang mendapat ketenangan daripada sesorang yang dapat memberi kebahagian dan keseronokan. Tetapi cinta ini tidak mengira halal atau haram. Maka perasaan sayang yang lahir daripada hati itu, perlu dikawal dan diasuh dengan didikan Iman dan Takwa serta Keikhlasan. Cinta kepada manusia selalu cenderung kepada kelalaian dan kealpaan dengan nikmat sementara. Apatah lagi bila sayang dan cinta itu disemai sebelum berkahwin. Pengalaman mengajar kita apa itu kehidupan. Cinta yang disertai dengan nafsu semata-mata akan menjadikan hati kita tumpul dan jauh dari Allah. Membuat kita leka dengan keseronokan yg sementara. Hubungan yg tiada keredhaan Allah dan tidak mengikut cara Islam akan membawa kepada kemusnahan hati seseorang hamba.
Jadi, marilah sama-sama kita menjaga hati kita dengan mengisinya dengan zikrulllah, takbir, tasbih, tahlil, serta istighfar kepada Allah demi mencari redha Allah di dalam hidup kita. Hati kita tak terlepas dari segala maksiat. Jadi marilah kita jaga hati kita daripada perkara-perkara yg membawa kepada kerosakan hati. Hati kita bakal sedih bila kita kehilangan orang yg kita sayang, tapi adakah kesedihan kita akan membuat diri kita dekat dengan Allah. Jadi apa jua ujina dan dugaan yg Allah uji kita, jgn lupa bahawa ujian itu adalah drpdNya dan penyelesian juga kita pinta drpdNya. InsyaAllah selagi hati kita dekat dgnNya, Allah akan bantu kita dan hendaklah kita bersertakan tawakkal selepas segala usaha kita kerahkan, dan mudah mudahan kita dapat perbanyakkan amalan sunat seperti qiamullaih dgn tahajjud, solat hajat, istikharah, solat taubat dan sebagainya.
Ya Allah, berikan aku ketenangan hati dgn ayat-ayatMU dan dgn solatku, dan jadikan aku di kalangan orang-orang yang benar ikhlas, dan bersabar serta bersyukur kepada nikmat2Mu. Dan jadikan aku dari kalangan pemuda pemuda yang mana hati mereka teringat akan solat jemaah dan solat di masjid. Ya Allah tunaikan lah hajatku dan kau lembutkanlah hati hambaMu yg mana aku menyayanginya dengan jujur dan ikhlas, Insyallah kau jodohkan lah kami, sesungguhnya Engkau telah menentukan segala apa yg telah berlaku dan apa yg bakal berlaku. Aku mendambakan keredhaanmu serta SyurgaMu sebagai destinasi akhirku, kau ampunilah dosa2 ku, dan aku menharapkan dan mendambakan syafaat Rasullah SAW, setelah kami dibangkitkan semula pada padang mahsyar nanti Ya Allah... amiiin ya rabbal'alaminn.....

Monday, September 6, 2010

Balik Kampung Sambut Hari Raya

Hari ni Isnin aku plan nk balik kpg.maklum lah hari Raya Aidil Fitri dah dekat.. kena la balik meraikannya bersama mak dan abah..

Aku plan awai2 nk balik ngan moto.. tapi last-last balik ngn bas.. lagipun abah aku dh tak bagi.. risiko tinggi sangat berbanding yg len hehehe.. tp ok jgk aku tengok duk hujan ja.. malas la aku.. duk kena timpa hujan je.. hehe

Aku nek bas Pancaran Matahari.. rasa best sll nya nek bas sebelum ni.. cam tak selesa tapi bas ni luas dan best.. and first time aku duk bawah.. ingatkan menggerunkan tapi okay jugak sebebnarnnya.. tula kan kita kalau tak cuba sesuatu lg kita tak boleh nk melabelkn nya ikut suka hati ja.. hehehe

Apa-apa pun dalam masa 5 ke 6 jam aku selamat sampai Shahab Perdana, Stesen Bas Alor Setar. Sampai kul 4 pagi.. aku roger aku aku.. maklum lah dia baru ja dapat lesen keta.. hehehe.. Lagipun tak mau menyusahkan abah aku.. selalu aku balik kampung abah duk p amik dan duk p hantar p Shahab Perdana...

Aku sampai tp tak sapa yg bangun lagi.. Aku nk tunggu sampai depa jaga sahur.. aku nk besahur ngan depa.. awai2 dulu ja aku balik.. pas 2 3 minggu ni baru balik pulak.. rindunnya ngn family aku.. Maafkan anak mu ini.. anak abah mak ni tak tau la cmtu perangainya.. komplikated pun ada.. tp yg penting dia hangat bercinta nih.. astghafirullah.. huhu.. jaga diri..

sampai sini ja aku tulis.. sebab semu org dah bangun nk bersahur.. hehe.. korang yg baca cita ni jom kita bersahur sekali yer.. k selamat bersahur.. assalamualaikum...

Saturday, September 4, 2010

Kongsi Kebahagian bersama orang lain

Setiap saat kita nakkan kebahagian.. dan kita mungkin berada dalam kebahagian dan kesenangan.. tapi kita kena jugak ingat, orang lain tak semestinya bahagia bahkan hidup dalam keadaan kesempitan.. kesenangan yg Allah bagi kat kita bukannya selamanya manjadi hak kita.. ia bersifat sementara.. begitu juga ngn kita punya harta.. kalu kita dapat harta tu disimpan dalam bank agar dapat beranak pinak.. bg aku tak betul. duit tu kita guna pada jalan yg diredhai Allah.. duit tu kita jadikan pelaburan kita untuk Akhirat. bagaimana? dengan banyakkan besedekah.. lebih2 lagi pada bulan Ramadan Bulan penuh keberkatan ni.. sekali kebajikan kita kerjakan.. Allah balas double up atau triple up.. Insyallah.. yg penting apa yg kita buat ikhlas kerana Allah.. baru berkat..

bercakap pasal kongsi kebahagian.. hari aku p berbuka puasa kat umh kak Norehan.. anaknya yg lama berpisah (p duk asrama je) br balik.. biasa la.. mak dan anak lebih2 anak pempuan kecik comel.. bila dipisahkan.. mmg la sedih.. aku pun sedih.. aku ngn Mubin p sana.. maybe last pergi sebelum raya.. sebab aku pun dh nk balik hari ahad atau Isnin.. tp nmpk gaya hari Isnin.. moto pun tak service lagi.. duit.. itu sume duit.. hehehe..

Hari mkn ala kadar.. lgi pun aku tak nk susah kan diorang sediakan makanan byk2.. aku takkan bebankan kak Norehan.. aku sangat kagum tengok kak norehan membesarkan anak2nya seorang diri.. suaminya abg zul tu menghidap strok.. jd dpt wat keja umh je la.. jd tanggungjawab mencari pendapatan untuk keluarga kini di atas bahunya.. Aku nun jauh di sudut hati aku.. aku tingi sgt nk bantu mereka.. aku kini hanya mampu memberi mereka sekadar yg mampu.. aku nk mereka gembira.. ceria.. seperti keluarga yg lain.. kalu boleh nk kurangkan bebanan kak Norehan tu... kalau ada cara yg aku dapat bantu mereka.. Kau tunjukkan lah bagi ku Ya Allah...

tadi sebelum balik sempat juga la aku menghulurkan duit raya kat diorang.. bukan men suka lagi.. huhu.. aku pun lagi suke.. mudah mudahan segala amal kebajikan yg aku lakukan kerana Allah.. semoga Allah menerimanya.. aku bukan lah org senang.. tapi yg sedikit itu.. aku yakin.. kerana Nabi kita Muhammad SAW.. sanggup berikan apa saja demi meringankan bebab org lain.. jd aku org yg hina lagi banyak dosa dengan Allah SWT.. mengharapkan Redha Allah dan SyurgaNya serta juga sikasaan Api Neraka yg sangat pedih.. amin ya Rabbal a'lamiin...

Sempat juga aku lambaikan tangan ke arah Kak Norehan dan anak2nya seta abg Zul.. sedih juga.. aku duk dalam UIA je pun tp.. jarang g ke sana.. ingatkan boleh selalu.. Allah uji aku dengan sibuk sikit ja.. Malah tanggungjawab seorag guru dan pelajar kadang2 ter miss.. aduh teruknya aku nih.. ok jom kita azam baru bulan Ramadan tahun ni.. Insyallah..

Monday, March 15, 2010

Sudah Tamat

Waktu sekarang sudah tamat waktu bermain dan berseronok.. Cuba paksa diri untuk fokus muraja'ah.. jgn biarkan diri lalai dan alpa dgn keseronokan dunia.. Internet tiada had dan dia batasan.. ape yg dicari pasti diperolehinya.. baik yg baik atau yg buruk..
kdg2 kita suka bazirkan masa.. kenapa tidak disiapkan segala kejawipan sebelum membuat perkara yg tak perlu..fikir2kan lah..

Friday, February 5, 2010

Propaganda Yahudi


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis Rasullulah:
"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil."
Antara ' barangan mereka ' yang telah dijadikan ikutan oleh kebanyakan dari kita.
1. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam. tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut kafir ke nak ikut nabi kita? Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. so kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.
2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi dit tangan mereka.
3. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.
4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.
5. Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat, contohnya coke dan maggi. Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi) . Dan para Melayu kita juga yang ketagih minum.
6. Untuk pengetahuan, para kafir agen dajjal ni gak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wanita. pastu soya ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.
Ini adalah sebahagian artikel dlm blog tersebut..sila bace dgn lebih lanjut di http://holywar- efairy.blogspot. com/2009/ 12/pope-roman- peter-ii- cantus-benedicti ne.html
Dari segi pemakaian..pangkat. .kerja..semua telah dirancang… Fikir2kan…

Saturday, January 23, 2010

Persoalan

Allah Menjawab Bacaan Fatihah Solat

Postby saifol » Dec 2nd, '09, 09:26
:salam

saye ingin kepastian.. benarkah Allah menjawab setiap ayat dalam al-fatihah yang kita baca di dalam solat?.. sebab tu kita di anjurkan supaya membaca dengan teratur,tertib dll..


*********************
Postby albaruhiyy » Dec 2nd, '09, 10:41
:salam

Bismillahirrahmanirrahim

Ya, ada dalil yang sahih berkenaan soalan saudara. Saya bawakan riwayat Muslim 3/94, hadis no 904

« قَالَ اللَّهُ تَعَالَى قَسَمْتُ الصَّلاَةَ بَيْنِى وَبَيْنَ عَبْدِى نِصْفَيْنِ وَلِعَبْدِى مَا سَأَلَ فَإِذَا قَالَ الْعَبْدُ ( الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ). قَالَ اللَّهُ تَعَالَى حَمِدَنِى عَبْدِى وَإِذَا قَالَ (الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ). قَالَ اللَّهُ تَعَالَى أَثْنَى عَلَىَّ عَبْدِى. وَإِذَا قَالَ (مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ). قَالَ مَجَّدَنِى عَبْدِى - وَقَالَ مَرَّةً فَوَّضَ إِلَىَّ عَبْدِى - فَإِذَا قَالَ (إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ). قَالَ هَذَا بَيْنِى وَبَيْنَ عَبْدِى وَلِعَبْدِى مَا سَأَلَ. فَإِذَا قَالَ (اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ ). قَالَ هَذَا لِعَبْدِى وَلِعَبْدِى مَا سَأَلَ »

"Allah berfirman : Aku telah membahagikan solat antaraku dan antara hambaku dua bahagian. Dan bagi hambaku apa ia pinta. Maka apabila hamba berkata (Alhamdulillahirabbil alamin). Allah Taala menjawab : Hambaku memujiku. Dan apabila ia berkata (Arrahmanirrahim) Allah berfirman : Hambaku telah memuja muji ke atasku. Dan apabila ia berkata (Malikiyaumiddin), Allah menjawab : hambaku memuliakan aku -dan ia berkata hambaku menyerahkan kepadaku- Dan apabila dia berkata (Iyyakana'budu wa iyyakanasta'in) Dia berfirman "Ini diantaraku dan antara hambaKu, dan untuk hambaKu apa yang ia pinta". Dan apabila ia membaca (Ihdinassirotolmustaqim..........waladdollin) Maka Allah menjawab. Ini adalah untuk hambaku, dan baginya apa yang ia minta.

:wassalam